Kerap kali terdengar bahawa CINTA yang merubah pasangannya bukanlah dinamakan CINTA. Cinta tidak merubah seseorang. Cinta akan membiarkan kita menjadi diri kita sendiri. Seringkali insan yang berubah disebabkan cinta diperlekehkan. Mereka dilabelkan sebagai 'mangsa cinta'. Namun, sebenarnya cinta itu mampu merubah manusia menjadi lebih baik dari sebelumnya. Cinta yang baik tidak akan merubah diri kita menjadi lebih negatif. Cinta yang baik tidak akan merubah diri kita menjadi orang lain. Ia memandu kita menjadi lebih baik. Cinta yang tidak merubah manusia adalah cinta yang 'tiada keajaiban' di dalamnya! Hehe.Bagi aku, cinta yang hadir dalam hidup aku ketika ini memang merubah hidup aku. Cinta ini mempersonakan. Banyak perubahan yang berlaku dalam hidup aku disebabkan cinta ini. Mengenali insan yang kugelar Mr.Goku ini sungguh manis sekali :) Beralih kepada gaya penceritaan yang lebih santai, aku katakan di sini bahawa, cara dia sedikit sebanyak mengubah dan mempengaruhi gaya aku menjalani kehidupan. Antara perubahan yang aku rasakan di dalam hidup aku :-
KUCINGJika dulu aku sangat takut akan kucing. Tetapi, sejak mengenali Mr.Goku aku mula berjinak-jinak dengan haiwan kesayangan Nabi Muhammad saw ini. Kat rumah aku memang banyak kucing. Tetapi, aku tak pernah nak bermanja atau melayan mereka pun. Tapi semenjak aku bersama Mr.Goku, aku lihat dia seorang yang sangat-sangat sukakan kucing. Dia layan kucing dengan sangat baik. Kadang-kadang aku cemburu kat kucing-kucing ni dia sebab dia sangat memanjakan mereka. Hehe. Mula-mula dulu kan, aku suka berlagak berani dengan kucing. Tapi, last-last dia tahu aku gak yang takut kucing. Tapi, dia selalu tak endahkan rasa takut aku tu malah sentiasa cuba bagi aku pegang dan berjinak-jinak dengan kucing. Dan lama-kelamaan, aku pun secara automatik dah bolehlah jugak pegang-pegang. manja-manja mereka ni. ngee.
BOLADulu, aku memang tidak suka langsung dengan bola sepak ! Aku suka bola time belajar dulu pun sebab pemainnya adalah Mr.Goku. [Sila jangan muntah] Aku bukan layan sangat permainan ni. Tapi, just suka usya dia je. Hehe. Tapi, sejak bersama Mr.Goku, dia paksa aku suka Manchester United ! Ingat lagi, time dia tanya aku suka team mana, aku jawab, "Taktahu! Aku tak suka dan taktahu nama-nama team". Dan kemudian dia kata, kalau nak sokong, sokong team MU tau. sama dengan Bie." How sweet ! Sejak tu, aku mula minat bola. Aku mula ikut perkembangan bola sepak. Jika ada game, aku sanggup tengok. Jika tak tengok pun, aku akan ambil tahu pasal result game tersebut through internet. Aku turut sama menyokong team kesukaan dia. Aku mula kenal siapa tu Rooney. Siapa tu Alex Ferguson. Aku berubah supaya dia ada member nak bercerita pasal bola. Aku berubah supaya dia ada teman yang akan bersama dia untuk tonton bola di kedai mamak nanti. :)
SUSHIApa tu sushi? -.- Dulu, mungkin aku tak tahu dan tak pernah nak makan. Ingat lagi, time roomate aku offer aku makan sushi dulu, aku rasa sikit kemudian aku terbuat muka 'menjijikan'. Hehe. Betul! Aku tak suka sushi dulu. Tapi sejak bersama Mr.Goku, boleh pulak dia ajak aku makan sushi. Mula-mula aku buat muka jugak. Taknak aku makan makanan mentah tu. Tak lalu kat tekak aku. Hehe. Dan ajaibnya, bila aku dah try makan, aku terus jadi suka. Malah jika dah lama tak makan sushi,aku boleh dengan tiba-tiba cakap, "Jom beli sushi. Kita dah lama tak makan sushi." Wow! It's amazing okay! Mr.Goku pun jadi pelik sebab dia tahu aku tak suka sushi sebelum ni. Aku paling suka sushi yang atas dia seolah-olah telur ikan tu. Yang warna oren tu. Tapi aku tak ingat dipanggil apa. Hehe.
SPAGETTIAik! Pasal makanan lagi. Hehe. Okay, spageti. Dulu memang aku tak makan benda alah ni. Tapi, dia ajar aku untuk makan spageti bolognese meatball. Sejak aku rasa spegeti tu, aku dah mula jatuh cinta pandang pertama kat Italy. Huhu. Semua gara-gara dia bawak aku makan dekat William. Tapi sekarang, aku dah mula muak makan spegeti. Sebab dalam dua minggu lepas,aku asyik makan spegeti je. So, stop for a while! No more spegeti okay!
MCDONALDSMakan. Makan. Makan. :) Dulu, masuk McDonalds pun aku jakun. Sebab aku lebih suka KFC. Tapi si Mr.Goku ni terlalu suka kat kentang dan burger Double Cheese McD. So, aku terpaksa layan kan je. Lama-kelamaan aku tangkap syok jugak. So, tiap kali keluar dating, McDonalds memang dalam listing food. Haiyaa~ Aku kalau makan McDonalds, gerun tengok Mr.Goku letak sos. Sangat banyak! Tapi, dia slumber je melantak sos tersebut. Opsss! Aku memang tak minat letak sos dalam makanan. Aku takkan ambil sos sebab aku tak suka rasa makanan yang bercampur-campur. Tapi, bila teman Mr.Goku makan McDonalds, sos dah jadi wajib. Jadi, aku pun terikut sama. Tapi masih makan dalam kuantiti yang sedikit :)
KAWAL MARAHPerubahan ni memang paling aku pelik sekali dalam hidup aku ! Aku memang seorang yang hot temper ! Cepat marah. Bila marah, suara boleh bergegar otak ! Tapi, sejak dengan Mr.Goku, aku terus jadi seorang yang tahu mengawal marah. Macam sebelum ni tak pernah pulak nak kawal, kan. Jika dulu, pantang salah sikit, mesti aku hangin satu badan. Tapi, Mr.Goku banyak buat aku tersedar. Dulu, jika aku marah, kata-kata dia yang aku ingat sampai sekarang, "Perlu ke marah Afat sampai macam tu sekali? Lin cakap je Afat boleh faham. Perlu ke meninggi suara?" Bila dia cakap macamtu, aku terus terdiam dan beristigfar. Dan sehingga kini, aku masih cuba lagi mengawal marah aku. Tapi harus diakui, kadang-kadang sikap Mr.Goku memang buat aku hilang sabar. Kadang-kadang aku terlepas jugak meninggi suara dan marah-marah kat dia. Hehe. But now, aku akan lebih banyak mendiamkan diri apabila tengah marah. sebab aku tahu, jika aku terus berkata-kata, memang ayat-ayat bisa je yang keluar dari mulut aku. :)
HORMATI ORANG LAINSelama yang aku kenal Mr.Goku, dia sangat-sangat menghormati orang lain. Dia fikirkan orang lain, baru diri dia sendiri [Mr.Goku jangan kembang okayyy! :p] Kadang-kadang aku makan dalam juga dengan perangai dia yang satu ni. Aku seorang yang cerewet pasal apa saja. Tanyalah Mr.Goku! Dia tahu macamana kecerewetan aku. Pasal makan. Pasal servis. Pasal sekeliling. Satu contoh terbaik, apabila di kedai makan. Aku sangat cerewet pasal makan. Dia pulak jenis melantak apa saja. hehe. Part layanan waitress/waiter memang aku ambil berat. Jika tersalah order. Memang aku sound. Jika lambat order, memang aku sound. Jika tak bagi buku menu pun, aku hangin. Aku takkan fikir apa dah. Sebab bagi aku I am a customer. Customer always right! So, I deserve to get the good services! Tapi, tiap kali aku bertekak dengan waitress/waiter, Mr.Goku akan menenangkan aku. Malah, dia juga akan marah apabila aku berkasar dengan mereka. Dia selalu kata, fikirlah orang tu sikit. Dia penat. Dia dah buat ni. Blablablabla~ So, dari situ aku cuba untuk bersabar, menghormati mereka. Kadang-kadang kalau aku geram sangat, aku hanya mampu mendiamkan diri. Dan Mr.Goku akan sehabis baik layan aku agar terus bersabar. But sometimes, aku memang hambur kan je. Kat situlah bergaduh dengan Mr.Goku nanti. Adehhh.
WAYANGAku bukan kaki wayang. Aku tidak obses dengan movies baru di pawagam. Tapi itu dulu! Now,aku selalu usya-usya movie baru di cinema. Semua ini gara-gara Mr.Goku terlalu suka tengok wayang! Jika dulu aku langsung tak layan cerita kartun kat cinema. Cerita keluaran Marvel apatah lagi. Tapi, bila dengan dia, aku boleh pulak seat down selama hampir 2 jam tengok cerita kartun. Juga tengok cerita tak masuk akal seperti Avengers! :) Oh, he really drive me crazy okay ! ! ! Jika dia tanyakan aku pasal cerita-cerita yang dia minat, aku dengan slumber cakap,"Saya minat cerita ni semua sejak dengan awak. Dulu saya tak tengok wayang sangat!" Betul! Dulu, nak beli tiket wayang pun aku tak ingat dan selalu takut. Huhu.
Antara perubahan yang Mr.Goku bawak dalam hidup aku. Ia bukan yang negatif kan? :) Terima kasih, awak!
Antara perubahan yang Mr.Goku bawak dalam hidup aku. Ia bukan yang negatif kan? :) Terima kasih, awak!






2 comments:
kalau lah cinta tu merubah kite ke arah kebaikan, alangkah indah nye dunia kann...hehehehe
@katak comel ouh alangkah indahnya dunia ! :) tapi, tiap org takkan sama nasibnya kan.. I read your entry..
Post a Comment
Terima kasih di atas luahan anda (^^,)