-->
Here ~ I share the sense of my minds ...

| Home | Tell You! | Cintaku | Info | It's Life | It's Trivia | Said It | About LLZ |

Sunday, 22 July 2012

Afat Junior a.k.a My Yellowy

Luahan penuh kasih sayang Cik Lin Lina Zainal di saat 23:40
Sekian lama tidak mengupdate blog. Kekangan masa mungkin. Haish! Lagak macam busy la konon! Nope. Tak la sebusy bini PM, namun semenjak beralih angin ni, hidup seakan-akan berjadual. Kena masuk tidur sebelum jam 12 tengah malam. Macam budak sekolah lah pulak. Namun, memang begitu! 

Entry ini bukan nak update pasal jadual waktu. Cuma nak berkongsi tentang azam tahun 2012 yang mana salah satunya telah tercapai. Alhamdulillah :) Allah itu Maha Besar. Jika sudah Dia tetapkan rezeki itu, pastilah ia ada. Jika tidak, hanya mampu berdoa agar dimurahkan rezeki selalu.

Apa azam tu? Yeahh! Azam nak pakai kereta tahun ini tercapai juga. Memang tak sangka! Namun, apa boleh buat. Syukur! (^^,) Rezeki bekerja di tempat lain telah membuka peluang untuk aku memakai kereta. Jika sebelum ini, aku berazam di dalam hati, jika masih bekerja di tempat lama, aku tetap akan guna kereta tahun ni tetapi setakat yang aku mampu, VivA. Itu pun yang standard punya. Namun, siapa sangka. Setelah bekerja di tempat lain dengan gaji yang agak memuaskan telah memberi aku pilihan untuk memilih MyVi S.E 1.5 sebagai kereta pertama aku. Mungkin saja ada yang mencebik. Atau mengata. Alah, MyVi je pun. Itu pun nak kecoh! Ye, anda betul! MyVi je pun. Namun, ketahuilah oleh anda semua, untuk aku mendapatkannya tak semudah berkata-kata. Pelbagai perkara harus difikirkan. Tentu saja dari segi bajet. Hah, ada cerita di sebalik semuanya. Silent is better. 

Kekasih kedua aku. 
Aku namakan ia Afat Jr. sempena nama kekasih pertama aku.
Hehehe~


Terima kasih kepada Mr.Goku yang bertindak sebagai penasihat peribadi. Merangkap orang yang memperkenalkan dealer kereta kepada aku. Begitu juga kepada Abah dan Mama Mr.Goku yang turut serta bersama-sama aku untuk pergi memilih kereta. Untuk berbincang dengan dealer kereta tersebut! Terima kasih semua. :) Sayang semua! 

Mak aku?? Aku nak bagi surprised kat dia. So, aku diam-diam je plan dengan Mr.Goku. Hehe.. Dan aku cukup terharu apabila melihat senyuman mak aku bila kereta tersebut telah ada di depan rumah. Tak habis-habis dia tersenyum. Sekurang-kurangnya, aku boleh menghantar dia membeli barang-barang, membawa dia menghadiri jemputan, menjemput adik-adik aku yang baru pulang dari asrama. Hah, begitu besar ertinya! Syukur! Cukuplah sekadar MyVi ni yang boleh angkut aku pergi dan balik kerja. Yang boleh bawak mak dan adik-adik aku jalan-jalan. Ada rezeki lebih, boleh guna kereta besar sikitkan.. Hehe. Tapi, nak guna kereta besar sikit, aku serahkan pada Mr.Goku. Biar dia lah yang beli. Nanti-nanti kereta-kereta ni, kitaorang akan share jugak :) Hihihi.. <InsyaAllah>

Jadi, azam tersebut telah tercapai. Semoga aku dan keluarga dimurahkan rezeki selalu. Aminnn ~ 
Categories it's Life

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas luahan anda (^^,)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Dia mampu membuat muka aku yang berkerut seribu jernih dengan tetiba. Dia mampu mencairkan kekerasan kepala aku. Walaupun kami sering bertelagah, sering berselisih pendapat namun, itu adalah cara kami mengecapi bahagia !

My Stocks

  • ►  2013 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (61)
    • ►  October (1)
    • ▼  July (2)
      • Afat Junior a.k.a My Yellowy
      • Contengan ini K.i.u.T
    • ►  May (4)
    • ►  April (9)
    • ►  March (12)
    • ►  February (13)
    • ►  January (20)
  • ►  2011 (128)
    • ►  December (28)
    • ►  November (25)
    • ►  October (12)
    • ►  September (34)
    • ►  August (12)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (9)

My Sharing

  • Let to sew
  • Movie dan Drama
  • Blog Tuto

Blogger Also

Previous is Past

Phewitt!

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.
Tarikh hari ini dalam Hijrah? :)

My Life

My Life

Gelagat Kekasih

Gelagat Kekasih

This is Happiness

This is Happiness

Happy Together

Happy Together
 
 

Here ~ I share the sense of my minds ... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates

-Lin.Love.Afat-