Cerita yang menarik untuk dikongsi... I Got Engaged ! ! ! Happy? Haruslah happy... andai ada yang mengatakan, "Alah, tunang je pun..!" Do I care? Ini satu fasa baru dalam kehidupan.. This is a promise to get marry.. In front of family members.
Alhamdulillah...majlis bertunang selamat dilangsungkan pada 06 April 2013 ~ Sabtu @ 1245PM...
Akhirnya, kami melangkah ke stage "Engagement". Stage ini penting.. Orang kata, banyak dugaan ketika darah manis ni.. Takut pun ada. Tapi, kenapa harus takut? Kita serahkan kepada yang Esa.. Kita hanya mampu berdoa dan... cuba menjaga hubungan ini sebaik mungkin..
Ada juga yang tanya, kenapa tak kahwin je terus? Aduhh~kalaulah perbuatan itu sesenang pertanyaan yang keluar dari mulut-mulut kamu tu.. Biarlah.. Terima kasih kerana bertanya.. Tapi, aku punya jawapannya. Mungkin, tak perlu perjelaskan dengan panjang lebar kepada kamu semua.
Majlis ni adalah pertama dalam family aku mahupun family si dia.. Jadi, we got no idea ! How to do? What to do? Aku memang menjadi insan paling runsing.. Semua aku buat sendiri... Dari tempahan katering, mencari mak andam, hantaran dan segalanya.. Ya Allah, terima kasih kerana menjadikan aku setabah ini..
Tempat nak buat kenduri menjadi masalah di saat akhir.. Hanya Tuhan je tahu perasaan aku.. Hmm ~ manusia sekeliling kejam kan.. Apabila mendapat pangkat, darjat dan berharta sikit, mulalah lupa diri.. Memang aku ingat sampai mati... ! Mujur, Allah swt tu sentiasa menolong hambaNYA ini..
Majlis ni berlangsung dalam keadaan yang cukup simple! Keluarga Mr. Goku datang lebih kurang jam 1230 PM. Berapa orang rombongan aku tak berapa pasti.. Tengah nervous! Huhuhu~ Cincin di jari manis disarungkan oleh Aunty si Dia yang datang dari Indonesia, yang semata-mata nak melihat majlis ini.. Aku sungguh terharu! Bila berdepan dengan orang dan disaat lensa kamera di sana sini, terasa macam artis lah pulak kan.. ngeh3..
Tapi aku tahu.. Mr.Goku orang yang paling nervous! Dia pernah kata, dia nervous! Aku cakap, macamlah nak akad nikah.. Dia jawab, dia risau, akan berakhirlah zaman bujang dia bila bertunang ni! Pehhh! Aku rasa nak gigit je telinga dia sampai putus! Hahahaha~ Apa-apa je..
Berdoa semoga pertunangan ini akan kekal hingga ke gerbang perkahwinan seterusnya kekal til jannah! aamin~
Berdoa semoga pertunangan ini akan kekal hingga ke gerbang perkahwinan seterusnya kekal til jannah! aamin~






0 comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas luahan anda (^^,)