-->
Here ~ I share the sense of my minds ...

| Home | Tell You! | Cintaku | Info | It's Life | It's Trivia | Said It | About LLZ |

Thursday, 29 September 2011

Hudud

Luahan penuh kasih sayang Cik Lin Lina Zainal di saat 12:25
Menyentuh sedikit isu hudud yang hangat diperkatakan dalam gelanggang politik sekarang membawa aku berfikir berjenak-jenak.. Apakah masalah yang timbul kepada parti pembangkang yang lain jika PAS ingin melaksanakan hukum hudud?? Bukankah hukum hudud itu untuk dilaksanakan di kalangan orang Islam sahaja? Kenapa orang bukan Islam yang beriya-iya membantah? Sudah Islamkah mereka? Dan kenapa mesti ada bantahan dari orang Islam sendiri?

Sebagai mengulas satu dari tulisan blog yang pernah aku baca, masyarakat kita terdiri daripada 2 golongan.. Golongan baik dan golongan jahat.. Golongan baik tentu akan menyokong perlaksanaan hudud.. dan golongan jahat yang membuat perbuatan jenayah dari sudut pandangan Islam dan manusia sejagat akan menentang sekeras-kerasnya.. Kenapa?? Sebab merekalah golongan yang akan dijatuhkan hukuman hudud tersebut. Bagi pencuri, tangan merekalah yang akan dipotong.. Bagi penzina yang telah berkahwin, merekalah yang akan direjam sampai mati.. Bagi pembunuh, merekalah yang akan dibunuh sebagai Qisas kepada perbuatan mereka.. dan untuk peminum arak, merekalah yang akan dirotan sebanyak 80 kali..

Terdengar akan hujah yang menyatakan hukum hudud adalah satu hukum yang tidak relevan dilaksanakan pada masa kini, membuatkan aku terfikir, bagaimana pula dengan hukum melakukan ibadat lain yang datangnya dari Al-Quran dan Sunnah. Sebagai contoh ibadat puasa, solat, tunaikan haji dan sebagainya.. Bukankah semua ini datangnya dari Al-Quran dan Sunnah juga?? Tidak relevankan ibadat itu semua? Jika ingin diperbincang dan dibicarakan panjang lebar mengenai isu hudud memang aku bukan orangnya.. Tetapi cukuplah sekadar aku tahu mengenai hukumnya.. Aku tidak layak untuk memberi takzirah kepada Muslim dan Muslimah yang lain.. Maka melalui pembacaan yang mencipta pengetahuan buat diriku sendiri lantas aku hanya sekadar berkongsi pandangan..

Melihat kepada hukum hudud itu sendiri, perlaksanaannya memang untuk memberi balasan yang setimpal kepada penjenayah. Telah jelas termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah.. Aku pun bukannya baik sangat.. Ilmu agama pun tidak penuh lagi di dada.. Masih mencari dan menimba.. dan kita pun tidak akan dapat meramal apa yang bakal kita lakukan di masa hadapan.. Mungkin aku mencuri.. Mungkin aku membunuh.. Mungkin bila liar bercampur gaul, aku turut meneguk air kencing syaitan tu.. Ketakutan terhadap hukum hudud sangat tinggi disebabkan hukumannya memang mengerunkan aku.. Namun ia tidak lain dan tidak bukan untuk memberi pengajaran kepada semua umat Islam..

Apabila memikirkan hukum hudud itu wajib diterima oleh semua orang yang bergelar Muslim, lantas aku tidak akan menolak sebarang akta yang ingin melaksanakannya.. dan aku pun bukanlah seorang penyokong maha taksub yang akan siap buat sepanduk dan perarakan menggesa agar dilaksanakan hukum tersebut.. Tetapi cukuplah (pada aku) aku tidak menolak dan menentang jika ia ingin dilaksanakan.. :)Dan walau apapun alasan kita atas penolakannya..atas alasan ekonomi, atas alasan negara sekalipun, kita tidak sepatutnya menidakkan hukuman tersebut apatah lagi mempersendakannya..



Categories Said it

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas luahan anda (^^,)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Dia mampu membuat muka aku yang berkerut seribu jernih dengan tetiba. Dia mampu mencairkan kekerasan kepala aku. Walaupun kami sering bertelagah, sering berselisih pendapat namun, itu adalah cara kami mengecapi bahagia !

My Stocks

  • ►  2013 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (61)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (9)
    • ►  March (12)
    • ►  February (13)
    • ►  January (20)
  • ▼  2011 (128)
    • ►  December (28)
    • ►  November (25)
    • ►  October (12)
    • ▼  September (34)
      • Hudud
      • Convocation vs Vacation :p
      • Perkara-paling-akhir-didunia
      • Trivia : Planet Pluto
      • Trivia : The biggest one !
      • I'm moody suddenly
      • Ouh My Convo !
      • This is conversation...
      • i hate facebook .. ~ Part II
      • My new habit is.......
      • It's Sweet macam gula-gula... ;)
      • My blog is breeze ;)
      • Pernahkah kau menghargai aku?
      • Perasaanku tentang perasaanku padamu (^^,)
      • I love Hotlink :)
      • I hate facebook .. ~ Part 1
      • I'm sick of it!
      • Trivia : Laut dan Darat
      • Trivia : Statue of Liberty
      • Terserlah kesukaanku
      • Kalau bukan rezeki..... =(
      • Kemenyampahan terhadap seorang mamat ;[
      • Perasaan saya kat awak !
      • CINTA tanpa KASIH SAYANG ;/
      • KESETIAAN itu diuji !
      • Kebaikan itu buat aku ketakutan !
      • Different people, different fate
      • Ouh ! My watch ! ! c('
      • Sajak "ADIKKU"
      • Ouh hari ini ! ;(
      • Gadis seperti aku (^^,)
      • Tahukah kamu..?
      • Bertabahlah hatiku ! ! ! =(
      • Jawapan #My Boy :D
    • ►  August (12)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (9)

My Sharing

  • Let to sew
  • Movie dan Drama
  • Blog Tuto

Blogger Also

Previous is Past

Phewitt!

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.
Tarikh hari ini dalam Hijrah? :)

My Life

My Life

Gelagat Kekasih

Gelagat Kekasih

This is Happiness

This is Happiness

Happy Together

Happy Together
 
 

Here ~ I share the sense of my minds ... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates

-Lin.Love.Afat-