Ouh ~ konvo..aku sangat suka akan kehadiran kau..sebab dah setahun lebih aku tunggu kedatangan kau.. tetapi, bila kau datang..kau telah datang bersama-sama dengan masalah.. itu nak kena bayar..ini nak kena bayar.. semuanya disaat aku kekeringan..disaat gaji belum dikreditkan ke dalam akaun aku..ouh! date of convo pon tak berapa nak sesuai disebabkan hari selasa adalah hari bekerja..bermakna, aku kena ambil 3 hari cuti.. 1 tanpa gaji..ouh kejam! -..- sudahlah U buat time musim tengkujuh..elok-elok bulan 4, dia buat bulan 10..bukan bulan 10 tu musim hujan, banjir ke kat area Utara..macamlah baru setahun kejadian tu berlaku..since aku jejak kaki kat sana lagi, bulan 9 dan 10 wajib HUJAN disana.. kannn! -..-
Ouh ~ konvo.. disebabkan doludolu aku gatal mintak nak belajar jauh-jauh..apabila kau tiba, aku kena fikir banyak benda.. aku nak bawak family aku bersama-sama.. aku kena fikir transport, kena fikir tempat penginapan bagai..kena fikir sape aku nak bawak bersama-sama..semua disebabkan aku ni pelajar bukan tersenarai dalam 1st graduate student maka tetamu yang boleh masuk ke dalam dewan hanya limit kepada 3 orang sahaja..Ouh, kalau aku tahu lulusan 1st graduate boleh bawak sampai 6 orang tetamu, pasti aku belajar betul-betul, struggle pulun bagai nak rak..kannn! -..-
Ouh ~ konvo! Perlu ke ambil jubah 27hb Sept..Konvo 4hb Okt dan return jubah 6hb Okt.. Perlu ke begitu??? ingat aku duduk Sintok? ingat rumah aku kat Jitra je??sob3!
Ouh ~ konvo! Seminggu saje lagi ketibaan kau..aku berdoa semoga semuanya dipermudahkan buatku. betul kata orang, nak masuk U keluar duit, nak keluar U pon keluar duit ! sedih aku tengok diri aku... -..-






0 comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas luahan anda (^^,)