-->
Here ~ I share the sense of my minds ...

| Home | Tell You! | Cintaku | Info | It's Life | It's Trivia | Said It | About LLZ |

Thursday, 27 October 2011

Cantik tetapi....

Luahan penuh kasih sayang Cik Lin Lina Zainal di saat 18:06
Aku naik rimas.. Geram pun ada.. Apesal kau sangat-sangat membangga diri.. Apesal la selalu anggap diri kau maha hebat dari orang lain. You've nothing! Otak? Kau letak kat lutut.  http://www.emocutez.com

Ok, aku akui.. kau cantik. Memang cantik.. Tetapi..ingat TETAPI kau bukanlah yang tercantik dalam dunia ni. Masih ramai lagi insan cantik. Di sebelah kau masih ada insan cantik. Di depan kau masih lagi ada individu cantik. Di belakang kau masih ada lagi gadis cantik. Jadi kenapa mesti kau membangga diri tak tentu pasal. Kau tak sedar eh? Aku pelik bin ajaib why orang macam kau pun ado kat dalam dunia ni. Jika iya pun kau cantik, tak perlu lah nak merendah-rendahkan orang lain. Jika iya pun kau cantik, tak perlulah kata dengan nada bangga lagi bongkak, "Antara mereka, aku lagi cantik" wah! menjengkelkan ok. Aku bukan jelaous dengan kecantikan kau. Sebab aku akui sendiri, kau memang cantik. Aku pun cantik juga. :) Alhamdulillah, cukup sifat aku. Tapi, cara kau merendah-rendahkan gadis lain sangat meluat kau tahu!

Allah bagi kau santik sebab apa? Sebab untuk kau bangga? Nope! Sebab Allah nak uji kau. Kalau kau cantik macamana kau beraksi. Seingat aku, aku pernah je jumpa orang cantik-cantik. Tapi mereka tak membangga diri macam kau. Sekurang-kurangnya mereka kata, "Biasa-biasa je lah. Mana ada cantik. Semua orang cantik". "Alhamdulillah, anugerah Allah. Tapi ramai je orang cantik lagi" Haa gitu yang pernah aku dengar! Tapi kes macam kau ni, first time seumur hidup aku tahu! Aku sangat terperanjat dengan pengakuan berani mati kau ni yang tanpa berselindung. Eh jangan cakap orang yang aku pernah aku jumpa itu hipokrit ok! Bukan, mereka bukan hipokrit! Tapi mereka tidak mahu asyik dibuai pujian. Sebab mereka sedar, ada lagi insan yang lebih cantik dari mereka. Sebab mereka tahu, bila-bila masa itu semua  boleh ditarik balik.

Pada kau, orang lain tidak boleh lebih dari kau. Ada je kritikan tak puas hati kau buat. Kadang-kadang orang tu have nothing to do dengan kau. Tapi cara kau cakap, wah macam kau tahu segala-galanya about them! Kau cakap macam-macam. Aku taknak tegur kau direct, nanti kau termalu sendiri. So aku harap kau cepat-cepat sedar. Tapi kalau tak sedar jugak, jangan touching kalau aku tegur ok?! -.-

Sedarlah, manusia itu memang tidak sama pada zahir dan batinnya. Namun, disisiNYA, hanya taqwa yang membezakan seseorang dengan yang lain. Jangan pandang rendah pada insan lain. Sebab nasib kita akan datang tidak tahu. Mungkin kita bangga dengan rupa kita. Tapi jika Allah tu nak tarik balik, sekelip mata saja. Maka, jadilah insan yang pandai berfikir. :) *Aku turut nasihatkan diri aku jugak ok*



"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
-Hassan Al-Basri-
Categories Said it

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas luahan anda (^^,)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Dia mampu membuat muka aku yang berkerut seribu jernih dengan tetiba. Dia mampu mencairkan kekerasan kepala aku. Walaupun kami sering bertelagah, sering berselisih pendapat namun, itu adalah cara kami mengecapi bahagia !

My Stocks

  • ►  2013 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (61)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (9)
    • ►  March (12)
    • ►  February (13)
    • ►  January (20)
  • ▼  2011 (128)
    • ►  December (28)
    • ►  November (25)
    • ▼  October (12)
      • Cantik tetapi....
      • Happy Diwali Hee~
      • Kau tak kenal aku?
      • Tinju style Atom Real Steel
      • Trivia : Gunung Berapi di Jepun
      • Trivia : Umur Pokok Oak
      • Di mana kawan yang bergelar sahabat ? ? ?
      • I LOVE YOU TODAY
      • Trivia : Petir dan angka 1,800
      • Trivia : Hutan Hujan Amazon
      • Ianya lahir dari bibirmu ;)
      • My Convocation's Day
    • ►  September (34)
    • ►  August (12)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (9)

My Sharing

  • Let to sew
  • Movie dan Drama
  • Blog Tuto

Blogger Also

Previous is Past

Phewitt!

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.
Tarikh hari ini dalam Hijrah? :)

My Life

My Life

Gelagat Kekasih

Gelagat Kekasih

This is Happiness

This is Happiness

Happy Together

Happy Together
 
 

Here ~ I share the sense of my minds ... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates

-Lin.Love.Afat-