-->
Here ~ I share the sense of my minds ...

| Home | Tell You! | Cintaku | Info | It's Life | It's Trivia | Said It | About LLZ |

Thursday, 13 October 2011

Di mana kawan yang bergelar sahabat ? ? ?

Luahan penuh kasih sayang Cik Lin Lina Zainal di saat 17:00
Di manakah agaknya kawan yang bergelar sahabat ? ? ?
Yang bemaksud kawan bukan setakat dijalanan
Kawan yang bukan sekadar membalas komen di facebook
Kawan yang bukan setakat menyapa berkata “hai” apabila terserempak
kawan yang bukan hanya untuk gelak ketawa
kawan yang bukan apabila susah ditinggalkan




Aku masih mencari sahabat yang sejati !
sahabat yang ada bersamaku ketika aku dalam kesusahan
sahabat yang mengerti kesakitanku
sahabat yang menjaga aibku
sahabat yang mempertahankan rahsiaku
Jangan ingat aku menagih simpati
Jangan ingat aku meraih perhatian
Kuceritakan kisahku bukan untuk menagih simpati
Tetapi cukup sekadar kau setia mendengar luahan hatiku
Kukhabarkan berita diriku bukan untuk membebankan kau
Tetapi hanya sekadar bercerita seakan duduk disudut katil
dan mengharapkan kata semangat ditiup di dalam diriku




Kawan, telah aku anggap kau sahabat disaat kita ketawa riang bersama
Kawan, telah aku anggap kau sahabat disaat kita tepuk tampar bersama
Kawan, telah aku anggap kau sahabat disaat kau mempercayaiku dan bersungguh bercerita
Kawan, telah aku anggap kau sahabat disaat kau menangis mengadu didepanku..
Tetapi kini, telah aku sedari..kau hanya sekadar kawan..
Kawan tetap kawan!
Kau tidak akan pernah menjadi sahabat
Sebab..
Apabila aku kesusahan, kau ungkit segalanya
Apabila aku dalam keadaan keperitan, kau khabarkan pada semua
Aku serik untuk mencari sahabat kerana sahabat datang bersama syarat..
Syarat yang selalu membuatku kecewa
Biarlah.. pergilah..
Aku sudah penat.
Terima kasih, kawan!!!
Categories it's Life

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas luahan anda (^^,)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Dia mampu membuat muka aku yang berkerut seribu jernih dengan tetiba. Dia mampu mencairkan kekerasan kepala aku. Walaupun kami sering bertelagah, sering berselisih pendapat namun, itu adalah cara kami mengecapi bahagia !

My Stocks

  • ►  2013 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (61)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (9)
    • ►  March (12)
    • ►  February (13)
    • ►  January (20)
  • ▼  2011 (128)
    • ►  December (28)
    • ►  November (25)
    • ▼  October (12)
      • Cantik tetapi....
      • Happy Diwali Hee~
      • Kau tak kenal aku?
      • Tinju style Atom Real Steel
      • Trivia : Gunung Berapi di Jepun
      • Trivia : Umur Pokok Oak
      • Di mana kawan yang bergelar sahabat ? ? ?
      • I LOVE YOU TODAY
      • Trivia : Petir dan angka 1,800
      • Trivia : Hutan Hujan Amazon
      • Ianya lahir dari bibirmu ;)
      • My Convocation's Day
    • ►  September (34)
    • ►  August (12)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (9)

My Sharing

  • Let to sew
  • Movie dan Drama
  • Blog Tuto

Blogger Also

Previous is Past

Phewitt!

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.
Tarikh hari ini dalam Hijrah? :)

My Life

My Life

Gelagat Kekasih

Gelagat Kekasih

This is Happiness

This is Happiness

Happy Together

Happy Together
 
 

Here ~ I share the sense of my minds ... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates

-Lin.Love.Afat-