Comel tak note book kat atas ni? Hehehe. Mr.Goku punya pembelian. Thank you so much sayanggg!
Buku ini sangat comel. Dengan ayat Just For You! lagilah buatkan aku rasa teruja. Apapun harganya tak mahal. Sangat murah. Namun ia berharga kerana adalah pembelian Mr.Goku! :)
Dan ia menepati ciri-ciri standard barang yang mempunyai nilai yang tinggi [ikut standard kualiti aku.huhu] sebab Mr.Goku mencoretkan kata-kata cintanya buat aku. Time beliau menconteng buku ini, dalam hati, lamanya dia conteng. Apa yang dicontengnya tu?
Lepas siap menconteng, Mr.Goku serahkan buku tersebut kepada aku. Dan aku terus simpan dalam beg. Aku kata, balik rumah nanti baru Ayang baca ye! Mr. Goku hanya tersenyum.
Balik je rumah, aku terus dengan rasa tak sabar-sabar lagi mengeluarkan note book tersebut. Err.. tidak seperti itu okay! Keadaan yang sebenarnya, balik je rumah, aku baring-baring. Mandi. Online. Iron baju. Tepek bedak sejuk kat muka. Dan ready to sleep. Haa...time inilah aku keluarkan note book tersebut dari dalam beg dan membacanya. Hohoho.
Kelakar Senyuman tak lekang terukir kat bibir aku. Sweets! Namun, sangat bermakna kata-kata dia. Kata-kata dia yang last sekali buat aku tersentuh dan buat aku kembali menilai semula perhubungan ini. Terima kasih, Sayang!
Bie tak kisahlah apa yang nak jadipun as long as Ayang ada dekat sebelah Bie. Love you Sayang!
Actually, contengan Mr.Goku ini dijadikan sebagai 'perasmian' note book ni. Buku ni akan aku gunakan untuk mencatat apa-apa yang perlu. Bukanlah aku beli sebab ia comel semata-mata. Tidak! Apapun, thank you so much Mr.Goku! :)








2 comments:
awak sweet sangat...semoga bahagia :)
raesya
Thank you raesya :)
Ameen~ (")(")
Post a Comment
Terima kasih di atas luahan anda (^^,)