-->
Here ~ I share the sense of my minds ...

| Home | Tell You! | Cintaku | Info | It's Life | It's Trivia | Said It | About LLZ |

Thursday, 8 March 2012

W.A.N.I.T.A. ! Hari ini kamu diraikan...

Luahan penuh kasih sayang Cik Lin Lina Zainal di saat 16:10
Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia !
- 8 March -


Kepada kaum wanita, gembirakah anda bahawa dalam 365 hari setahun, terdapat satu hari di mana kita diraikan? [Tidak termasuk Hari Ibu - kerana Hari Ibu khusus untuk mereka yang bergelar Ibu]. 

Namun, terfikir.. di manakah relevannya hari ini diiktiraf sebagai Hari Wanita Sedunia. 
Kenapa ia ditetapkan sebagai Hari Wanita? 
Dan apakah keistimewaan hari ini? 
Adakah hari ini seluruh wanita di dunia tidak perlu bekerja? 
Tidak! 
Kita masih bekerja. 
Adakah hari ini seluruh wanita di dunia mendapat layanan yang cukup istimewa dari sang lelaki? 
Tidak! 
Masih ramai lelaki yang tidak tahu akan hari ini hari khas untuk wanita. 
Jangan kata nak mendapat layanan istimewa, ucapan penghargaan pun tidak diterima
Adakah hari ini seluruh wanita di dunia mendapat keistimewaan dari segi percuma ke atas tambang pengangkutan awam, 
percuma untuk bayaran tol, 
mendapat diskaun harga bagi setiap pembelian atau apa-apa sahaja. 
Tidak bukan! 
Jadi, di manakah relevannya hari ini diiktiraf? 
Mungkin tema yang dilaungkan hanya sekadar laungan. 
Reaksi dan tindakan tiada?
Tapi mungkin juga di negara lain ada keistimewaan yang diberi. 
Okay, kita mengambil skop yang lebih kecil. 
Di Malaysia misalnya. 
Yang boleh dilihat, Wanita Hari di TV3 mengadakan sambutan terhadap wanita. 
Namun wanita mana? Hanya wanita bertaraf selebriti, kah? 
Malah diri ini tidak rasa apapun perbezaan hari ni berbanding semalam atau kelmarin. 

Namun, 
Di satu sudut lain ku cuba fikirkan.
Tema tahun ni : Equal Rights, Equal Opportunities : Progress for All
Sempena Hari Wanita, tuntutan terhadap hak yang sama rata, peluang yang sama rata dengan sang lelaki dilaungkan.
Hal ini berikutan masih ada negara yang mengamalkan diskriminasi terhadap wanita di negara mereka.
Malaysia ?
Mungkin tiada diskriminasi di sini.
Hak dan peluang yang bagaimana diinginkan?
Tentu sahaja dari segi pendidikan dan kerjaya.
Dari segi layanan.
Wanita zaman ini masih lagi dipandang rendah akan kebolehan mereka.
Jika dilihat, wanita didiskriminasi bukan secara individual discrimination 
tapi adalah secara team discrimination.
Yang bermaksud, adalah secara satu entiti. 
Dalam bidang pekerjaan misalnya. Bukan individu yang menolak [diskriminiasi]  
tetapi organisasi yang menolak mereka.

Tidak berniat untuk membincangkan ia secara lanjut.
Tidak ingin aku ulangkata menujukan kata-kata kiasan kepada sang lelaki bahawa
Disebalik setiap kejayaan seorang lelaki, terdapat seorang wanita,
Wanitalah yang banyak berjasa dan terlalu tinggi pengorbanan wanita terhadap lelaki dan keluarganya.
Dan pelbagai kata ulangan lagi. 
Cukuplah jika ditegaskan kembali bahawa hanya agama Islam yang memberi martabat yang tinggi kepada wanita di dunia ini.
Maha hebat bukan?
Rasulullah s.a.w cukup memandang mulia akan kaum wanita. 
Malah Allah s.w.t sendiri memberi layanan yang cukup istimewa kepada wanita. 
Jadi mengapa anda tidak???





Categories Said it

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas luahan anda (^^,)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Dia mampu membuat muka aku yang berkerut seribu jernih dengan tetiba. Dia mampu mencairkan kekerasan kepala aku. Walaupun kami sering bertelagah, sering berselisih pendapat namun, itu adalah cara kami mengecapi bahagia !

My Stocks

  • ►  2013 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (61)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (9)
    • ▼  March (12)
      • Cuba bau ...
      • Manusia tidak pandai berterima kasih ...
      • The trusted person ...
      • Kerana dendam ...
      • Inilah segelintir manusia ...
      • Ariana Mikhail. noktah.
      • Info : Kalimah Basmalah di dalam Al-Quran
      • Seketika ..
      • W.A.N.I.T.A. ! Hari ini kamu diraikan...
      • Mimipi itu ~ menggangguku ...
      • Sekian | Lama ...
      • LoveBook ..
    • ►  February (13)
    • ►  January (20)
  • ►  2011 (128)
    • ►  December (28)
    • ►  November (25)
    • ►  October (12)
    • ►  September (34)
    • ►  August (12)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (9)

My Sharing

  • Let to sew
  • Movie dan Drama
  • Blog Tuto

Blogger Also

Previous is Past

Phewitt!

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.
Tarikh hari ini dalam Hijrah? :)

My Life

My Life

Gelagat Kekasih

Gelagat Kekasih

This is Happiness

This is Happiness

Happy Together

Happy Together
 
 

Here ~ I share the sense of my minds ... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates

-Lin.Love.Afat-