-->
Here ~ I share the sense of my minds ...

| Home | Tell You! | Cintaku | Info | It's Life | It's Trivia | Said It | About LLZ |

Thursday, 9 February 2012

G.O.L.F lah pulak... part II

Luahan penuh kasih sayang Cik Lin Lina Zainal di saat 18:29
Previous entry : G.O.L.F lah pulak... part I :

Paparan maklumat selepas ni adalah maklumat asas sahaja. Bukannya peraturan atau format. Itu lebih mendalam. Perlu diingatkan bahawa, aku TIDAK PERNAH bermain golf. Tapi aku PERNAH memegang pakaian, golf set, ball, tee, tee markers, buggy, score card, pergi melihat green, fairway, hazards, divot. Pernah mengambiltahu ukuran rumput bagi fairway atau green. Pernah mengira skor golfer dalam tournament, membaca Rules of Golf [tapi tidak menyeluruh, yang biasa-biasa digunakan sahaja]. Okay, istilah yang biasa digunakan di dalam golfing :-

Flight [Kumpulan]
Golf boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan [flight]. Satu kumpulan golfer tidak boleh melebihi daripada 4 orang.

Caddy [Keddi]
Caddy merupakan pembantu kepada golfer sepanjang permainan tersebut berlangsung. Tukang tolong bagi clubs kat anda. Tukang tolong ambil bola atau membawa golf bag anda. Tukang bagi nasihat juga [bagi golfer baru]. :)

>Teringat kisah dulu-dulu. Abang-abang aku pernah menjadi caddy semasa cuti sekolah. Sama ada cuti mingguan atau cuti panjang. Kalau dulu satu round akan dibayar hanya RM15.00 ke RM 20.00. Masa tu buggy masih tak ada lagi. Jadi terpaksalah abang-abang aku membawa golf set tersebut dengan berjalan kaki sahaja. Golfer yang baik hati akan membayar sehingga RM25.00<

Buggy [Kereta golf]
Kenderaan yang digunakan oleh golfer semasa di golf course. Boleh dinaiki bagi dua orang sahaja [twin sharing]. Kalau dulu, golfer hanya walk-in [berjalan kaki] sahaja. Tetapi kini mereka lebih gemar menggunakan buggy. Malah ada juga kelab golf yang mewajibkan para golfernya menggunakan buggy untuk bermain golf. Mahal okay sewa buggy ni. Kalau bukan member club sekitar RM40-RM45 per buggy. Ini price dulu. Time aku kerja KDRSM dulu.

Buggy


Scor card [Kad skor]
Kad yang digunakan oleh golfer untuk merekodkan jumlah pukulan yang telah dibuat bagi setiap hole.


Yang ditandakan red circle sebab golfer 
telah membuat pukulan bawah par. :)


**********************************************************************************



Contoh sebuah golf course

Golf course [Padang golf] 
Sesebuah golf course itu biasanya mempunyai 18 lubang [hole]. Golf course yang kecil memiliki hanya 9 holes. Jarak di antara satu hole ke hole yang lain biasanya antara 5-6 meter. 

Untuk menjaga course memerlukan belanja yang besar kerana untuk memotong rumput di course sahaja terdapat beberapa buah mesin yang harus digunakan. Jika fairway cara potong dia lain. Green cara potong lain. Terdapat juga baja tertentu yang digunakan untuk rumput-rumput ini. Ada tanah yang harus dibuat begitu dan begini. Ahhh! Sangat banyakkkk!

Rumput yang dipanggil :-

>Fairway
Kawasan di antara tee dan green. Rumput dikawasan ini dipotong pendek agar mudah golfer memukul bola. Jika dilihat rumput di kawasan ini dipotong secara berbelang, kan? Sebenarnya ia berkaitan dengan kelajuan sesebuah bola itu apabila berada di kawasan fairway.

>Green
Hartanah paling mahal dalam sesebuah padang golf. Kawasan di sekitar hole. Warna rumput lebih hijau dari fairway. Rumput yang digunakan di green dan fairway adalah berlainan. Dan rumput di sini dipotong sedemikian rupa untuk mempengaruhi golekan bola tersebut bagi memasukkannya ke dalam hole. Rujuk gambar.


Putting Green
Pukulan yang dilakukan di atas green. Biasanya menggunakan club putter. 

Hazard 
Merupakan rintangan yang terdapat di golf course [fairway] itu. Biasanya rintangan-rintangan ini sengaja diwujudkan oleh kelab-kelab golf untuk memberi cabaran kepada para golfer bagi menunjukkan skil permainan mereka. Malah ada juga hazard yang menjadi signature bagi sesebuah kelab golf. 

> Water hazard 
Boleh jadi lakes [tasik], river [sungai] atau pond [kolam].

> Bunker
Istilah ini membawa maksud perangkap atau kubu pasir. Biasanya terletak berhampiran green atau fairway. Jika bola golf anda telah termasuk dalam bunker ini, anda harus menggunakan club sand-wedges untuk memukul bola keluar. Golfer harus melakukan rake bunker jika telah memukul bola dari kawasan tersebut.

> Rough
Rumput yang agak tinggi di kiri kanan fairway dan biasanya akan menyukarkan para golfer untuk memukul bola. Untuk memotong rough ni pun ada caranya tau.

Divot
Okay, yang dimaksudkan dengan divot apabila anda ingin memukul bola, kekadang anda akan terpukul dengan tanah sekali, kan. Itu dinamakan divot iaitu serpihan tanah selepas pukulan. Apabila anda dah mencacatkan tanah tersebut, anda seharusnya mereplace/membaiki semula tanah tersebut. Contoh divot di bawah.

Divot

Out of bound [OB]
Bola yang dipukul hilang atau menuju ke luar kawasan. Ada line [garisan] yang akan menanda OB ni. Bola boleh dialihkan [take a drop] jika ingin membuat pukulan tetapi penalti akan dikenakan.

Hole [lubang]
Hole berjejari 4.5 In dalam green. Akan ditandakan dengan pin. Setiap kedudukan hole di green direka berbeza. Ada yang dipanggil doglet, dotleg-left, doglet-right atau double-dotleg. Rujuk gambar bawah.


Kedudukan hole di green kelihatan seperti 'kaki anjing'




Flagstick [Bendera penunjuk] dan Pin [seolah-olah bendera kecil]
Diletakkan di hole. Pin akan dilekatkan pada flagstick ini. Ia memudahkan golfer tahu di mana kedudukan hole dan mereka akan memukul bola ke arah tersebut.


Driving Range [Lapang sasar]
Kemudahan yang disediakan untuk golfer membuat latihan hayunan [swing]. Biasanya bagi beginner golfer. Ada orang yang akan membantu anda di sini. Untuk menggunakan kemudahan ini, sedikit bayaran akan dikenakan. Sewa clubs juga ada disediakan. Begitu juga dengan ball.

**********************************************************************************

Handicap [handikap]
Jika ditranslate kepada bahasa Melayu ia membawa erti kecacatan. Huhu~ Namun jika di dalam golf istilah ini merujuk kepada ukuran kebolehan pemain. Means, kepakaran/kehandalan golfer bermain golf. Biasanya ia dinilai melalui handicap. Lagi rendah niai handicap, lagi pakar/handal seseorang itu dalam permainan golf ini. Bagi lelaki, kiraan handikap bermula dari 24 - 0 manakala bagi lady golfer bermula dari 36 - 0. Jika seseorang itu telah mencapai nilai handicap 0, ia sudah layak di panggil Pro. Malah gelaran Pro ini adalah satu kehormatan dan biasanya akan disebut di hadapan nama beliau. :). Contoh : Pro Goku! walah! ;p

Malaysian Golf Association [MGA] adalah badan berkanun yang akan mengeluarkan handicap card kepada anda.

Tee box / Teeing ground

Where the game begin a.k.a tempat pemain membuat pukulan pertama [tee shoot]. Terdapat pada semua holes. Macam starting pointlah. Ball akan diletakkan di atas tee [pasak]. Luas teeing ground mestilah 'two club-lenght'. Teeing ground ini biasanya akan ditandakan dengan sesuatu yang berwarna mungkin tee marker atau box. Setiap warna ini membawa makna yang berbeza. Contoh White [men's tee], Red [lady's tee], Green [senior lady's tee]. Lady golfer dengan men golfer mempunyai jarak membuat pukulan yang berbeza. Begitu juga dengan junior golfer

Tee marker

Stroke
Pukulan terhadap bola golf tersebut dipanggil stroke.

Par
Merujuk kepada nilai setiap hole berdasarkan kedudukan, panjang dan kesukaran. Ia merupakan pukulan maksimum yang telah ditetapkan untuk sesuatu hole. Biasanya terdiri daripada 3, 4, 5 par dan ditentukan bermula dari teeing ground ke green [hole seterusnya]. Sila rujuk gambar di bawah.

Contohnya : Lubang 7 adalah par 3. Bermakna, untuk memasukkan bola ke dalam lubang 7, sebanyak 3 pukulan ditetapkan kepada golfer.

Perlu diketahui bahawa kiraan dalam golf adalah merujuk kepada pukulan yang paling rendah. Sesebuah padang golf yang mempunyai 18 lubang biasanya mempunyai  72 jumlah pukulan yang telah ditetapkan [par].

Bagaimana jika anda melebihi par yang ditetapkan? 


Anda boleh membuat pukulan bola melebihi par yang ditetapkan bagi sesebuah lubang. Itu dipanggil pukulan atas par.

Contoh : Lubang 4 ditetapkan par 5. Jika anda memukul bola sebanyak 5 kali, anda memperolehi par tersebut dan nilai pada skor anda adalah 0. Jika anda pukul lebih sekali dari jumlah par [pukul sebanyak 6x], dipanggil bogey [satu pukulan di atas par]. Jika pukul lebih dari 2x dari jumlah par [pukul sebanyak 7x], dipanggil double-bogey [dua pukulan di atas par]. Jika pukul lebih 3x dari jumlah par [pukul sebanyak 8x], dipanggil triple-bogey [tiga pukulan di atas par].

Bagaimana jika anda membuat pukulan kurang daripada par yang ditetapkan?

Jika anda telah membuat pukulan kurang daripada jumlah par, itu lebih baik bagi seseorang golfer. Dan itu dipanggil pukulan di bawar par.

Contoh :  Kalau par yang ditetapkan ialah par 5 dilubang no.4 tetapi anda telah membuat 4 pukulan sahaja [anda kurang satu par] itu disebut birdie [satu pukulan di bawah par]. Jika anda hanya membuat 3 pukulan sahaja [anda kurang dua par] itu dipanggil eagle [dua pukulan di bawah par]. Jika anda hanya membuat dua pukulan sahaja [anda kurang 3 par] maka itu dipanggil double-eagle / albatross [tiga pukulan di bawah par].

Hole in One / Ace
Malah jika anda membuat satu pukulan dan bola terus masuk ke dalam lubang, itu turut dipanggil Hole in One. Juga dipanggil Ace. Tetapi hanya untuk hole yang mempunyai par 3 sahaja. Biasanya, jika ada tournament, pihak kelab golf akan menetapkan lubang di nombor berapa yang akan dipertaruhkan untuk ganjaran Hole in One.

Contoh :  Ada tournament club. Pihak kelab golf telah menetapkan lubang no.7 yang mempunyai par 3 dijadikan Hole in One. Maka, jika golfer berjaya memasukkan bola ke dalam hole hanya dengan satu pukulan sahaja, maka golfer tersebut telah memenangi hadiah yang telah diperuntukkan untuk Hole in One tersebut.

**********************************************************************************


Tournament [Pertandingan Golf]
Biasanya kelab-kelab golf ada membuat pertandingan untuk ahli kelabnya atau pun mengundang guest dari luar untuk menyertainya. Ada kelab yang membuat tournament secara bulanan. Jika anda ingin menyertai pertandingan ini, anda perlu mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Jika di adakan sesuatu permainan, golfer harus membayar yuran penyertaan kepada kelab golf yang menganjurkannya. Jika ia merupakan satu pertandingan maka format dan peraturan akan terlibat.

Format Permainan
Terdapat beberapa format permainan yang diguna-pakai dalam pertandingan golf. Bagi kelab-kelab golf yang biasa menganjurkan pertandingan, mungkin monthly tournament, biasanya akan menggunakan format Stableford [boleh bermain secara individu atau flight]. Selain itu ada juga format Scramble, Lone Ranger, Four ball, Patsome dan lain-lain.

Peraturan permainan
Biasanya jika bermain di dalam sesuatu pertandingan, sesebuah penganjur telah menetapkan peraturan apa yang perlu diikuti. Biasanya ia menggunakan 2 jenis peraturan. Pertama ~ Rules of Golf [Peraturan golf antarabangsa seperti St.Andrews] dan Kedua ~ Rules of Local [Peraturan yang ditetapkan sendiri oleh kelab golf tersebut].

Anda harus membezakan format permainan dan peraturan permainan ye! Disebabkan Mr.Goku just a beginner, belum boleh masuk pertandingan lagi [marahlah tuh!huhu~] jadi tak perlu tahu lagi ye pasal peraturan ni dengan mendalam.



**********************************************************************************

Golf equipment [Peralatan golf]
Satu golf set mempunyai 14 pemukul yang dipanggil clubs. Selain itu terdapat juga ball, ball markers, tee /pasak, golf bag.

Untuk beginner macam Mr.Goku, rasa tidak perlulah mengeluarkan wang ringgit anda itu semata-mata nak membeli golf set ni okay. Kelab golf ada juga yang menyediakan perkhidmatan sewa clubs. :) Jimat duitkan? Hehe~ Sesungguhnya barangan golf sangatlah mahal! :)


>Tee [Pasak]
Bola akan diletakkan di atas tee ini untuk memudahkan pukulan selain untuk mengelak dari merosakkan green. Opss~ hanya digunakan untuk tee shot sahaja ye. Means, pukulan pertama di teeing ground.




>Ball [Bola golf]
Berat tidak boleh melebihi 45.93 gram dan diameter tidak kurang daripada 42.67mm.

Bola golf di atas tee

>Teringat masa aku kecil dulu, arwah ayah aku suka mencari bola golf di golf course KDRSM. Bola-bola yang dijumpai beliau ialah bola yang OB atau yang termasuk ke dalam rough atau ke dalam kolam. Bila beliau bawa balik bola-bola tersebut, aku dan adik-adik akan tolong mencuci bola tersebut sehingga bersih dengan menggunakan air clorox. Bila dah bersih, kami akan sapu minyak masak untuk memberi kesan bola yang berkilat. Kemudian, bola itu akan dimasukkan ke dalam plastik untuk dijual kepada golfer. Kira bola second-hand lah. Kalau ikutkan, harga bola ni mencecah puluhan ringgit sebiji [yang baru].  Jadi kami telah menjual dengan harga RM12.00 bagi 10 biji bola pada ketika itu. Biasanya,  golfer akan beli bola second-hand je untuk digunakan di driving range atau golf course<

Info menarik untuk anda : Sesebuah ball yang dijual kini mempunyai dimples kira-kira sebanyak 300-450 dimples. wOw! Jangan tanya aku, aku tak pernah pastikan betul atau tidak. Sebab aku pernah disuruh untuk mengira dan belum sempat habis mengira aku dah fail! Huhuhu~ Mungkin Mr.Goku boleh cuba mengira nantikan? hehe~ Dulu punya bola pernah mencapai dimples lebih dari 500 dimples. Perghhh! Dimples ni bukan saja-saja diletak pada bola okay. Ada functions!


> Club [Kayu pemukul]
Ada 3 jenis clubs : Wood, Iron, Putter. Setiap club mempunyai fungsi yang berlainan. Di setiap club ini ada nombor masing-masing. Setiap nombor mewakili jarak dan ketinggian bola apabila dipukul namun ia depends ke atas kelajuan pukulan yang dibuat oleh individu itu. Lagi kecil nombor club lagi jauh dan rendah bola bila dipukul dan sebaliknya lah. Contoh : Wood untuk pukulan jarak yang sangat jauh.


Golf set yang mengandungi clubs


Golf attire [Pakaian pemain]
Okay, part pakaian seharusnya anda mengikut kod pakaian yang telah ditetapkan. Anda boleh memakai pants/shorts dan dipadankan dengan t-shirt berkolar. Anda tidak akan dibenarkan untuk memasuki golf course jika tidak mengikut attire ini. Harus berstokin dan berkasut. Ada kasut khas untuk para golfer iaitu kasut yang mempunyai spikes di bahagian bawah kasut. Spikes jenis metal biasanya tidak dibenarkan sebab boleh merosakkan course. Anda juga boleh memakai sarung tangan [gloves] dan biasaya golfer hanya memakai sebelah tangan saja. Look alike Pro right?huahua~ Bukan saja-saja je pakai sebelah kiri okay. Bertujuan untuk memegang club agar tidak terlepas dari tangan apabila telah membuat swing. Kang buatnya tangan kamu jenis berpeluh ke, baru je swing, dah terlepas, terpelanting..terkena pula kepala golfer lain, tak ke naya tu? :)

> Shoes


See! There are spikes!

> T-shirt
Baju t-shirt tidak berkolar tidak dibenarkan okay! Means, t-shirt yang 'bodoh-bodoh' tu. Kalau baju kat bawah ni memang banyak kali dah aku tengok sebab tiap kali ada tournament je golfer akan dapat baju macam di bawah ni untuk dipakai sepanjang tournament tersebut.

T-shirt berkolar


Jersey material

> Pants / shorts
Untuk seluar golfer ada macam-macam okay. Boleh juga pakai seluar slack atau khakis bagi lelaki. Seluar jeans dan seluar track tidak dibenarkan ye! Ada juga seluar yang plaids seperti dibawah. Bila sebut golf mesti kita akan terbayang pakaiannya yang nampak 'kelasssss' kan. Eh, orang kayakan yang main! :)




Pants





Shorts




> Glove / sarung tangan
Dipakai di tangan sebelah kiri.



>Cap [Topi]









wOw! Contoh lengkap berpakaian ikut golf attire


**********************************************************************************

Teknik memukul bola

Okay, bagi teknik memukul / menghayun bola boleh tengok link brother ni. :Teknik bermain golf : suka tengok brother ni mengajar..wahaha~ :p

**********************************************************************************
Jika anda ingin bermain golf di mana-mana golf course, anda perlu membayar green fees [mencecah RM90.00 bagi 18 holes hari biasa dan RM150.00 pada hari minggu] dan buggy fees [RM60.00 bagi 18 holes].

Jika anda menjadi ahli kelab sesebuah kelab golf, anda tidak perlu membayar green fees dan hanya mengeluarkan wang untuk membayar buggy fees. Amacam?? Adakah permainan ini masih dikategorikan dalam sukan orang kaya atau tidak? Anda sendiri yang mampu menjawabnya! :)

Latihan swing boleh dilakukan di driving range dengan mengeluarkan modal untuk menyewa clubs dan driving range serta membeli bola.


Sumber : pelbagai sumber. wikipedia. blog orang perseorangan.



Categories Info

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas luahan anda (^^,)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Dia mampu membuat muka aku yang berkerut seribu jernih dengan tetiba. Dia mampu mencairkan kekerasan kepala aku. Walaupun kami sering bertelagah, sering berselisih pendapat namun, itu adalah cara kami mengecapi bahagia !

My Stocks

  • ►  2013 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (61)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (9)
    • ►  March (12)
    • ▼  February (13)
      • Info : Timeline, no more !
      • Info : Muhrim dan Mahram .. Apakah ?
      • Nak | Benci ..
      • Tie it Tie ..
      • Hanya kerana ...
      • Lelaki takut adat ???
      • G.O.L.F lah pulak... part II
      • G.O.L.F lah pulak... part I
      • Semerbak ..
      • Trivia : Pelabuhan Singapura
      • Info : Siapa Namrud?
      • Yeaaayyy kahwin :)
      • Jatuh cinta ...
    • ►  January (20)
  • ►  2011 (128)
    • ►  December (28)
    • ►  November (25)
    • ►  October (12)
    • ►  September (34)
    • ►  August (12)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (9)

My Sharing

  • Let to sew
  • Movie dan Drama
  • Blog Tuto

Blogger Also

Previous is Past

Phewitt!

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.
Tarikh hari ini dalam Hijrah? :)

My Life

My Life

Gelagat Kekasih

Gelagat Kekasih

This is Happiness

This is Happiness

Happy Together

Happy Together
 
 

Here ~ I share the sense of my minds ... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates

-Lin.Love.Afat-