G.O.L.F !!!
wOw! Mr.Goku sekarang sudah layan sukan golf lah.. hahaha~ Aku percaya, saat Mr.Goku memukul bola tersebut, mesti bola tersebut OB atau pun just pukul setakat di atas sahaja [topping]. Hasilnya, habislah 100 biji bola itu tanpa arah tujuan. Hahahaha~ Sila jangan gelak. Hanya aku seorang boleh gelak-gelakan beliau.. :) Entry ini khas untuk Mr.Goku. Selalulah buat praktis ye.. :)
Padang bola bertukar jadi Driving range :)
Kredit gambar to : Safri Mohd
Kredit gambar to : Safri Mohd
Disebabkan dalam Resume aku di bahagian Working Experience mencatatkan aku pernah bekerja di Kelab DiRaja Sri Menanti [KDRSM] iaitu sebuah kelab golf, maka sedikit sebanyak pengetahuan secara teori mengenai golf wajib kena tahu walaupun dah tahap samar-samar di otak aku. Huhuhu~ Dah bertahun tinggalkan kelab tu. Tetiba rasa rindu pula bila Mr.Goku bercakap pasal nak main golf. Aku turut merujuk kepada artikel lain agar pengetahuan yang aku tahu itu adalah masih benar. Sebenarnya agak menyeronokkan juga apabila mengetahui golf secara teori ni. Semasa aku berkerja di KDRSM, aku tak pernah bermain golf. Aku haya bekerja dibahagian akaun. Tapi aku perlu tahu setiap istilah yang digunakan di dalam permainan tersebut. Ia untuk memudahkan aku berinteraksi dengan golfer apabila ada masalah yang wujud semasa mereka bermain golf.
Malah, bila diingat kembali, kenapalah aku tak gunakan peluang yang ada untuk belajar bermain golf secara praktikal. Kalau tidak mesti aku dah Pro dan boleh mengajar Mr.Goku kan? Huhuhu~ Eleyh~ Club tu pun sama tinggi dengan aku, banyak cakap pulakkan! :p
Kalau dulu sukan golf ni dianggap sukan di kalangan orang berada atau kerabat diraja saja. Namun kini, ia telah menjadi satu sukan yang tidak kira darjat mahupun peringkat umur. Jangan terperanjat jika di sekolah-sekolah telah diwujudkan ko-kurikulum untuk sukan golf okay. Malah ada juga tournament golf di kalangan pelajar yang dipanggil Junior Tournament.
Keseronokan bermain golf bukan diperolehi apabila bola yang anda pukul telah memasuki lubangnya. Itu adalah kepuasan hasil keseronokan tersebut [Elakkan membaca entry ni dengan maksud double-meaning, please!] Itu adalah objektif permainan tersebut. Maksud keseronokan sebenar dirasai apabila anda menggunakan akal anda, kepakaran anda untuk mengharungi rintangan membawa bola tersebut masuk ke dalam lubangnya. Anda harus tahu bahawa bola yang dipukul bermula dari pukulan pertama tidak akan sama kedudukan dengan bola yang anda pukul pada minggu lepas. Which means, walau anda telah bermain beribu kali pun, bola itu tidak akan sama kedudukannya. Malah, yang akan anda perolehi setiap kali bermain hanyalah taktik, taktik dan taktik.
"Pemain golf yang mahir biasanya mempunyai "grip" (pegangan) yang kukuh "stance" (kedudukan) yang sesuai dan "swing" (hayunan) yang baik" - PKUKM

Sila lihat sambungan di : G.O.L.F lah pulak.. part II :

0 comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas luahan anda (^^,)