-->
Here ~ I share the sense of my minds ...

| Home | Tell You! | Cintaku | Info | It's Life | It's Trivia | Said It | About LLZ |

Monday, 13 February 2012

Lelaki takut adat ???

Luahan penuh kasih sayang Cik Lin Lina Zainal di saat 18:19
Kenapa ???
Wanita dan Adat Perpatih - Digeruni! 

Isu wanita yang berasal dari Negeri Sembilan memang ditakuti malah ramai lelaki yang mengelak untuk mengambil calon isteri dari negeri yang berasal dari Minangkabau ini. Sebab yang berlegar di kepala fikiran diaorang, takut harta dapat kat perempuan. Alasan stereotaip mereka :- 

"Susahlah kahwin dengan perempuan dari Negeri Sembilan ni. Nanti harta semua pergi kat diaorang". 

"Nanti kalau kahwin dengan orang negeri Sembilan, bila bercerai nanti akan keluar dari rumah sehelai sepinggang"

Hello!!!
Jangan sedap mulut je okay cakap macam tu. Fahami dahulu apa erti disebalik adat tersebut. Baru-baru ni aku ada berborak dengan kawan aku, lelaki. Dia punya bakal tunang orang negeri Sembilan. Disebabkan aku orang negeri Sembilan, dia tanya aku, 

"Betul ke nanti harta dapat kat perempuan ek walaupun dia tak tinggal kat negeri Sembilan. Kampung dia je kat situ?" 

"Betul".

"Habislah aku. Aku tak dapat apa-apa lah"

"Apesal pulak? Kau kena faham adat tu dulu. Kau salah konsep ni".

Wahai lelaki diluar sana! Anda sebenarnya salah konsep ni. Aku sangat pasti kau orang semua tersalah tafsir. Aku jelaskan sikit mengenai Adat ni supaya kamu semua tak berterusan salah anggap dan takut memperisterikan orang negeri Sembilan. :)

Lihat terlebih dahulu kepada 5 prinsip asas dalam adat Perpatih :-

1. Keturunan dikira melalui nasab ibu

Sebenarnya, adat Perpatih memberi keistimewaan dan keutamaan kepada kaum wanita dalam mewarisi harta pusaka dan darah keturunan. Jika bagi adat lain [Adat Temenggung], harta pusaka dan darah keturunan di bawa oleh kaum lelaki. Tetapi bagi adat Perpatih, adalah sebaliknya. Keturunan dalam adat Perpatih adalah menerusi anak perempuan. Kaum wanita diberi penghormatan untuk membawa darah keturunan kerana wanitalah yang telah mengandung dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris.

Senang kata : Siapa yang melahirkan anak? Wanitakan. Jadi, kalau wanita tak lahirkan anak, kau orang kaum lelaki ada waris tak? Jadi, keturunan kau orang itu dibawa oleh wanitalah. Itu sebab dipanggil membawa darah keturunan atau keturunan dikira melalui nasab ibu.


2. Tempat kediaman adalah di kawasan ibu isteri

Kalau dah berkahwin dengan wanita negeri Sembilan, si suami akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu si isteri sebagai orang semenda. Tapi kini, kebanyakkan pasangan memilih untuk  tidak tinggal di kawasan ibu si isteri disebabkan faktor pekerjaan.


3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka

Berkenaan dengan harta pusaka pula, anak perempuan yang akan mewarisinya dan ianya hanya tertakluk kepada tanah adat. Tanah adat yang diwarisi dari nenek moyang dulu kala.


Contoh : Mak aku ada tanah dan rumah induk yang diwarisi dari nenek aku. Aku ada abang, adik perempuan, dan adik lelaki. Kemudian hari nanti, tanah pusaka dan rumah induk [rumah yang terletak di atas tanah pusaka] itu hanya akan diwarisi oleh aku dan adik perempuan aku. Kepada abang dan adik lelaki aku, jangan bermimpi okay nak tanah ni. Apa yang anak lelaki dapat? Dapat menyandang saka yang bermaksud berhak menyandang jawatan-jawatan dalam adat. 


Kenapa anak perempuan mewarisi pusaka dan bukan lelaki?

Sebab ia bertujuan untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita dalam adat Perpatih. Apabila mereka ada tanah tersebut, walaupun hidup mereka miskin dan papa kedana pun, mereka tidak akan hidup merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Mereka masih ada tanah dan sawah di kampung untuk diusahakan sebagai mencari rezeki harian mereka. Manakala anak lelaki pula dianggap kuat untuk meneruskan hidup jika sudah tiada ibu bapa.

Dan jika wanita negeri Sembilan itu telah berkahwin dengan lelaki dari Selangor ke, Kuala Lumpur ke, Terengganu ke, dan tak kisahlah dari negeri mana pun, harta yang perlu dibahagi-bahagi dengan wanita ni tadi [jika berlaku perceraian] hanyalah tertakluk kepada harta sepencarian yang akan dibahagikan mengikut persetujuan bertulis yang telah dibuat semasa kedua-duanya masih dalam ikatan perkahwinan.

Apa itu harta sepencarian? Harta-harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan secara bersama oleh suami dan isteri yang melibatkan harta alih [wang, kenderaan dll] dan harta tak alih [rumah, tanah, saham dll] dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung [sama ada perolehi secara usaha bersama atau usaha tunggal satu pihak sahaja]. Lihat wikipedia di : Harta Sepencarian :  

Senang cerita : Harta yang diperolehi sepanjang kau orang hidup bersama selepas berkahwin.
Contoh :  Semasa dalam perkahwinan, kau orang telah membeli rumah [harta tak alih]. Itu harta sepencarian. Jadi, sila bahagi-bahagikan. Macamana nak dibahagikan tu silalah rujuk kepada pejabat peguam okay. Biasanya, rumah tersebut akan dijual dan keuntungan hasil jualan akan dibahagi-bahagikan. Semasa dalam perkahwinan, si suami telah membeli kereta [harta alih]. Itu harta sepencarian. Ada wang [harta alih] dalam akaun bank. Walaupun! Walaupun, isteri kau orang tak mengeluarkan sesen pun duit untuk membeli harta-harta tersebut, namun ia tetap dipanggil harta sepencarian dan perlu dibahagi-bahagikan.

Sedikit info tentang harta sepencarian : Ia harta yang di bahagi-bahagikan semasa kedua-duanya [suami isteri] bercerai hidup. Dan perjanjian tersebut harus dibuat semasa kedua-duanya masih dalam ikatan perkahwinan. Jika telah bercerai mati, harta yang ada dibahagi mengikut hukum faraid [pembahagian harta pusaka menurut Islam] dan hanya 1/8 milik si isteri [balu] dan 7/8 milik si anak-anak dan waris lain [ibu bapa si mati]. Namun jika telah dibuat deklarasi harta sepencarian, maka harta 50 % adalah milik si suami dan 50 % milik isteri dan jika si suami meninggal dunia, 50 % milik isteri bukan di bawah kategori harta pusaka milik si suami.


4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang

Hubungan antara sesuatu perut dan suku adalah sangat rapat. Si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah sebagai saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, perkahwinan sesama suku adalah dilarang. 

Katakanlah jika berlaku juga berlaku perkahwinan sesama suku, macamana? Ia dibolehkan tetapi dengan syarat, perempuan tersebut telah hilang kelayakan [hak] untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki itu pula akan hilang kelayakan untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.


Senang cerita : Prinsip yang ke-3 tak boleh diguna-pakai lagi jika berlaku perkahwinan sesama suku. 

NAMUN !!! Ada lagi satu kaedah yang boleh diguna-pakai jika lelaki tadi benar-benar ingin mengahwini wanita dari suku yang sama dengannya. Ia melalui upacara berkedim. Yang akan dihuraikan dalam prinsip ke-5.


5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku.

Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku dalam masyarakat adat Perpatih melalui upacara berkedim. Seseorang itu boleh menjadi ahli sesuatu suku atas dua (2) sebab :-

1. Orang luar yang bukan daripada kalangan masyarakat adat Perpatih tetapi ingin menjadi ahli sesuatu suku atas sebab perkahwinan.
Contoh : Lelaki dari Kelantan ingin berkahwin dengan wanita yang berasal dari negeri Sembilan. Maka, upacara ini perlu dilakukan sebagai tanda yang si lelaki ini diterima masuk menjadi ahli dalam suku si wanita ini tadi.

2. Seseorang yang ingin menukar sukunya kepada suku lain atas sebab mahu berkahwin dengan seseorang dalam suku asalnya atau kepentingan pembahagian harta pusaka. Ni boleh dikaitkan dengan prinsip ke-4. Jadi, kalau nak berkahwin sesama suku juga, yang si lelaki haruslah menukar suku terlebih dahulu. Kemudian, baru boleh kahwin dengan si gadis yang berasal dari suku asal kau orang tu.

Boleh faham tak?? Yang kau orang pertikaikan sekarang ni apabila bercerai, harta akan dapat dekat perempuan, actually bukan dapat semua ok. Tapi, dibahagi-bahagikan harta sepencarian itu antara kau orang berdualah. Malah, si lelaki yang berkahwin dengan gadis negeri Sembilan yang beruntung! Sebab? Mereka [gadis negeri Sembilan] lah yang mewarisi harta pusaka keluarganya. Dalam kata kasarnya, kau oranglah yang menumpang tinggal di atas tanah dan rumah induk keluarga isteri kau orang. So, bila dah bercerai, mestilah si wanita ni tadi tetap dengan harta pusaka tersebut. Takkan kau orang pula yang dapat,kan ? Jadi, jangan takut nak memperisterikan kami gadis negeri Sembilan :) huhu~


Kredit :-
Adat Perpatih
Kahwin dengan perempuan negeri Sembilan
Halaqah.net
Berkedim
Harta Sepencarian


Categories Info

2 comments:

Anonymous said... [Reply]

org2 tua ckp mulut org N9 ni celupar lg teruk dr org melaka

ekin nadhira on 17 Apr 2013, 01:01:00 said... [Reply]

mungkin masih ada yg xpaham adat org9 nie lagi...tu yg buat ada salah paham semua...

Post a Comment

Terima kasih di atas luahan anda (^^,)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Dia mampu membuat muka aku yang berkerut seribu jernih dengan tetiba. Dia mampu mencairkan kekerasan kepala aku. Walaupun kami sering bertelagah, sering berselisih pendapat namun, itu adalah cara kami mengecapi bahagia !

My Stocks

  • ►  2013 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (61)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (9)
    • ►  March (12)
    • ▼  February (13)
      • Info : Timeline, no more !
      • Info : Muhrim dan Mahram .. Apakah ?
      • Nak | Benci ..
      • Tie it Tie ..
      • Hanya kerana ...
      • Lelaki takut adat ???
      • G.O.L.F lah pulak... part II
      • G.O.L.F lah pulak... part I
      • Semerbak ..
      • Trivia : Pelabuhan Singapura
      • Info : Siapa Namrud?
      • Yeaaayyy kahwin :)
      • Jatuh cinta ...
    • ►  January (20)
  • ►  2011 (128)
    • ►  December (28)
    • ►  November (25)
    • ►  October (12)
    • ►  September (34)
    • ►  August (12)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (9)

My Sharing

  • Let to sew
  • Movie dan Drama
  • Blog Tuto

Blogger Also

Previous is Past

Phewitt!

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.
Tarikh hari ini dalam Hijrah? :)

My Life

My Life

Gelagat Kekasih

Gelagat Kekasih

This is Happiness

This is Happiness

Happy Together

Happy Together
 
 

Here ~ I share the sense of my minds ... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates

-Lin.Love.Afat-