-->
Here ~ I share the sense of my minds ...

| Home | Tell You! | Cintaku | Info | It's Life | It's Trivia | Said It | About LLZ |

Sunday, 11 December 2011

Kisah pertemuan kita

Luahan penuh kasih sayang Cik Lin Lina Zainal di saat 21:50
Macamana kau boleh kenal dia?

Macamana kau boleh couple dengan dia?

Persoalan yang acapkali diajukan kepada aku atau My Boy.

Aku hanya tersenyum sambil dalam kepala ligat berputar terbayang kembali macamana kami boleh bersama.

Buat yang bertanya, aku simpulkan dalam satu cerita yang boleh kamu semua fahami. Buat aku abadikan dalam coretan ini. Sesungguhnya, Here~ I share the sense of my minds

[ayat skema tak boleh blaahhh kannn?hehehe]

**********************************************************************************

Boring. Ngadap facebook. Lepas balik kerja [praktikal], rutin aku terperap dalam bilik. Malas nak tengok tv kat ruang tamu. Aku tahu, my cousins and my aunty mesti tengah syok ngadap tv kat luar. Kang aku nak tengok channel lain, diaorang nak tengok channel lain. Baik aku duduk diam-diam dalam bilik ngadap FB.

.8 Mei2010.
Tengah syok-syok berfacebook, tetiba dekat site ‘People You May Know’ terkeluar nama Harfat Rusman. Aik, macam kenal mamat ni. Tetiba, hati berdebar-debar. Ni lah mamat yang aku pernah ‘terminat’ time zaman teknik dulu. Hehehehe~ Terus aku click Add Friend button.

Tak lama lepas tu kau approved.  Aku tetiba upset! Kau main approve je ke or memang kau kenal aku. Ok, akan tahu jugak nanti. Tetiba ada mesej kat inbox. Kau cakap, macam kenal je?Sekolah teknik dulukan.

Haihh! Mamat ni tak kenal.Ok. Mentang-mentang time teknik dulu ramai peminat. So, terpaksalah aku memperkenalkan diri aku.

Ye, saya Lin. Kawan dengan Lisa, Sherley. Kawan dengan Lofa. Kita pernah keluar sesama dulu. Ingat tak? 

[Sangat malu bila aku sendiri bertanya macamni kat dia.]

Oh, sorry sebab Afat ingat-ingat lupa tadi. Tapi, Afat ingat mata Lin. Mata Lin cantik sangat. Suka tengok dulu.

[Ok, mamat ni buat ayat manis. I’m melting on that time. Hehehe~]

Oh yeke? Hehe..Thank you!

[hanya ini mampu aku balas. Takkan aku nak cakap, “Ye, mata yang cantik tu saya lah tu. Gila perasan aku ni!]

Ok. Setakat itu saja perbualan ini. Kadang-kadang aku online. Ada juga aku komen status kau. Dan ada juga kau komen status aku. Hanya setakat itu.

Disebabkan aku jarang online, kau bagi aku nombor telefon kau. Kau pesan,nanti mesej lah kau nombor aku. Ok, aku save nombor kau dalam handphone aku. Takkan nak terus mesejkan, mak aihh! Gelojohnya aku.. Hehehe~  

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


.Kisah 8 tahun lalu.
.Sekolah Teknik Setapak Kuala Lumpur merakam sejarah.

-Dihadapan Sekolah Teknik yang mempertemukan kita-

Bola sepak. Ok, kegilaan pelajar perempuan time tu. Bukan pada permainan tersebut. Tapi terhadap pemainnya. Hehe~ Padang bola pulak berhadapan dengan aspuri aku. Jadi, aktiviti wajib tiap petang tersadai depan koridor, menyokong pemain idola masing-masing. Time tu yang aku masih ingat nama yang sering jadi sebutan, Afat. Hmm~ sapa lagi. Ok, aku tak ingat dah. Sebab.. yang aku minat hanya kau seorang. Hihihi~

Time form 5, pelajar Pengurusan Perniagaan [PPN] ditempatkan dalam satu dorm. So, secara automatic, aku terpisah dengan kawan baik aku, Lisa & Sherley [Mereka budak Binaan Bangunan (BB)]. Nasib baik seorang lagi member baik aku, Juliana sama course dengan aku. So, memang aku berdua je dengan dia. Hmm~ Dorm aku terbahagi kepada dua side. Side aku antara yang masih aku ingat nama diaorang, Zaitun, Kembar Nana, Kembar Nanu, Lofa, Gee, Almy & Juliana. Sejak duduk dorm sesama ni, kitaorang mula jadi rapat. Boleh katakan kumpulan besar aku, nama-nama yang disebut kat atas. Kumpulan kecil, hanya aku, Juliana & Gee. Disebabkan rapat, jadi, aku terdapat tahu [terdapat tahu eh], si Lofa ni peminat fanatic kau. Setiap cerita, aku tahu. Dia terserempak dengan kau, aku tahu. Kau terpandang dia,aku tahu. Kau terseyum kat dia, aku tahu. Dia lari lelaju bila ternampak kau [sebab malu], pun aku tahu. Apalagi yang aku tahu? Haaa~dia call kau, aku tahu. Dia tulis surat kat kau pun, aku tahu. What else?

Time tu aku tahu, kau memang digossipkan dengan Lisa [kawan baik aku tu] dari form 4 lagi. Jadi on that time, aku macam terpaksa buat dua muka. Sebab? Lisa kawan aku. Lofa pun kawan aku. Aku tengok si Lofa, memang dah ditahap kritikal. Setiap masa, nama kau jadi sebutan. Aku dengan Juliana hanya tersenyum tergeleng-geleng kepala. Haiyaa~

Ok, detik aku mula rapat dengan kau time form 5 tu. Tapi aku memang dah lama suka kau. Dari form 4 lagi. Tapi hanya setakat tu. SUKA. Not hard feeling. Time form 4 dulu :-

Ligat gossip antara kau dengan Lisa. Aku tahu. Semua tahu cerita ni. Bila aku tanya Lisa, dia tersenyum. Dia hanya cakap, kawan je lah. Yang syoknya, aku Juliana, Sherley & Lisa pernah pergi ke rumah kau. Time tu open house raya kot. Kitaorang gigih mencari rumah kau. Pergi naik bas & teksi je kot. Haiyaa~ Sanggup! Ni semua ikut Lisa & Sherley punya kepalalah ni. Ok. Cerita form 4 hanya setakat tu. Hanya setakat gossip kau dan Lisa. Hanya setakat pergi rumah kau makan-makan.

Starts heart feeling.  Time kita mula rapat bila kita pernah keluar sesame pergi Sogo, jenjalan. Time aku kerap call kau guna public phone dekat aspuri atau public phone depan pejabat. Time tu, tak ada handphone. Just call guna telefon rumah kau. Aku tak pernah ingat nombor telefon rumah kau. Tapi aku hanya hafal melalui nombor-nombor dekat public tu je. Kerap juga mama kau angkat. Kerap jugak bibik kau angkat. Kadang-kadang aku curi line call kau. Hehehe~ Public phone warna kuning tu, bila kita cucuk nombor 5 tu dengan jarum, kalau kena caranya, memang akan dapat line free. Kadang-kadang kalau tak ramai orang menunggu turn, aku praktikkan cara tu. Hehehe~ Aku kerap call kau. Atas permintaan kau juga ok. Mesti kau tak ingatkan?

“Nanti telefon Afat lagi ye. Afat suka borak-borak dengan Lin”

[Ciri-ciri playboy berayat manis disitu, nampak?Hehehe~]
  
Ok, sejak tu. Aku mula jatuh hati dengan kau. Walaupun aku tahu, kau ramai peminat. Aku tak kisah jadi seorang daripada peminat kau. Memang pada ketika ini aku ada someone. Yang aku kenali dari Sekolah lama lagi. Aku tidak curang, ada perkara yang berlaku antara kami. Tapi. tolak tepi cerita itu. Ini kisah kau dan aku. Hmm~ Sejak kita keluar sama, aku dah mula jatuh hati dengan kau. Sejak kita bergayut di public phone, aku dah mula jatuh hati dekat kau. Aku tolak tepi cerita kau dengan Lofa. Aku tolak tepi gossip kau dengan Lisa. Aku ingat lagi, kita pernah tangkap gambar sesama lepas habis sukan sekolah. Kau rumah Biru. Aku rumah Kuning. Asalnya Lofa and the Geng yang nak bergambar kenangan dengan kau. Aku hanya tumpang sekaki je. Tulah rakaman kenangan antara kita, di taman Astakona depan pejabat. :)

-Aku lagi gangster dari kau.hihi-


-My Boy a.k.a Harfat Rusman-


Hmm~ sampai satu ketika, apabila hati aku dah mula jatuh suka dekat kau, tuptup aku dapat tahu Lisa pun suka kau. Perasaan dia pada kau, bukan setakat gossip. Perasaan itu benar! Korang kerap berjumpa [mungkin secara terserempak atau planned]. Satu yang masih aku ingat sampai sekarang, kura-kura rumput. Dia ada satu. Kau ada satu. Dia kata, itu adalah kau. Ok, hati aku berdegup. Lisa selalu tersenyum apabila nama kau disebut. Dia tahu cerita Lofa. Tapi, dia tetap relax. Tak tahu perbualan apa yang berlaku antara kau dan dia. Dia tak kisah cerita Lofa. 

Apa perasaan aku time tu? Just imagine that, on that time, you said you like me. Then, you like the other girl too. Hanya satu, ATLIT! Kau memang tak dapat lari dari perangai playboy kan?? Aku tahu risiko tu. Tapi, apa salahnya aku suka dan minat kau. Gossip kau dengan Lisa, bukan setakat gossip. Kalau before ni, masa form 4, Lisa tak mengaku. Just cakap itu sekadar gossip dan kamu berkawan. Tapi bila aku dah starts suka kau, baru aku tahu, dia juga suka kau. Dia kawan baik aku. Kawan rapat aku. Takkan aku nak bersaing dengan dia? Aku cukup sayangkan dia. Dia tak boleh tahu aku suka kau masa tu. Dan thanks God, memang Lisa tak tahu aku suka kau. Memang dia tak tahu aku kerap call kau. Malah, Juliana pun aku tak bagitahu. Aku takut-takut kalau dia terbagitahu Sherley. Sherley akan bagitahu Lisa. Haisshh! Berapa banyak rantaian daa? *Sigh*

Aku dah tak call kau. Aku dah tak bagi respon kat kau. Bila terserempak. Kita bertegur. Hanya setakat tu. Aku undur diri. Perasaan aku pada kau, aku letak tepi. Aku taknak hancurkan perasaan kawan baik aku. Apa dia rasa kalau dia tahu, aku juga menyimpan perasaan pada kau. Kalau orang tu, Lofa aku boleh tahan lagi. Tapi bukan dia. Lagipun, time tu kau memang bagi respon baik punya dekat Lisa. Kau pun suka dia,kan? Tapi, kau bagi good response kat aku jugak. Eh, kat perempuan lain jugak! Haihh! Bajet hot sangat kau kan! Perempuan tu suka kau. Perempuan ni suka kau. Hubungan kita pun berterusan macam tu. Tulah kali terakhir aku jumpa kau. Lepas tu kita masing-masing bertarung dalam SPM. Dan terus senyap.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Kini. Setelah 8 tahun berlalu. Aku berjumpa kau semula.
Nombor yang kau bagi aku tengok lama. Hmm~ Ok, aku dengan hati berdebar mula menaip mesej dekat kau.  Saat itu hanya terfikir, oh apa salahnya. Dia kan kawan lama aku. Dulu-dulu aku pernah rapat dengan dia. Jadi, dia adalah kawan aku. [Sedangkan, aku memang seorang yang very the susah nak bagi nombor telefon kat sembarangan orang. Dengan kau, sebab kau kawan aku ok. Poyo kan? Padahal pernah suka kau. Kau je tak tahu. :)]

Mesej tu adalah titik permulaan buat kita. Kita berhubung melalui telefon atau FB. Kita pernah keluar bersama. 1st time kita keluar bersama, kau berkongsi masalah kau kat aku.

Kau adalah kawan aku! Ingat lagi tak, dulu-dulu pun kau suka luah masalah kau dekat aku? Aku hanya menjadi pendengar setia. Kekadang, duit syiling aku yang digunakan untuk telefon kau tu memang untuk mendengar masalah kau je :p . Pertemuan demi pertemuan kita rancang. Kau di Melaka, aku di Gombak. Bila tiap kali kau balik, mesti kita keluar lepak bersama kat kedai Mamak! [aku rindu nak lepak kat situ lagi].

Dalam akhir bulan 7, aku rasa perasaan aku lain macam dekat kau. Time tu aku kerap stalk kau punya FB. Hehehe~ Aku tengok satu-satu kau punya gambar. Status. Komen.  Tapi time tu dalam hati aku tetap berkata, “Athlete is always playboy”. Susah aku nak percaya. Kalau tengok kau punya FB pun, bukan main lagi. Sikap playboy masih tak hilang. Ngeh3~ 

Dulu, aku pernah minat kau. Sekarang perasaan itu telah kembali. Now, aku nak bagitahu kau. Sebab, hati aku cakap, "Bagi je tahu dia kau suka dia dari sekolah dulu".  Jadi, aku dengan slumberjek memberitahu kau. Bukannya apa pun, aku just bagitahu, aku pernah suka kau. Tu je kan..? :) Aku tahu disekeliling kau ada lagi perempuan lain. Itu bukan masalah pada aku.

Aku mula menaip mesej kat kau, antara yang boleh aku kongsikan di sini antaranya [means, bukan semua aku kongsi disini. Ada kata-kata yang terlalu berharga untuk aku tahu seorang. :-

 ... Then several months ago, we met again. After that feeling is gone. Now, that feeling come again.

... Just wanna  let you know the truth.. . 

[Ok, nak speaking London je kan.. Hehehe~ Actually, it much better and easy to explain. Kalau taip in Malay, ayat jadi bunga-bunga pulak. Nanti kau cakap, ala jiwangnya minah ni. Ngeh3]

Then, you replied me. Antaranya :-

I wanna know if you really the one who can love me until I gone.  And I really need someone to love me a lot.

Ok, kau dan aku berbalas mesej. Seterusnya aku balas, antaranya :-

I will love you for every second of the days. Not for the days coming but for the day we in. It’s better than I make a promise, lots of promises but at the end, it’s nothing.

You’re so adorable. Thank you for the advice. We should talk about this future when we meet up.  Sorry, if I keep asking the same, do you really love me??

Yes, I do.

:’( <----- Terharu. I can’t wait to see you.

Nampak macam aku yang tackle kau kan? Tapi tak ok! Aku just bagitahu apa yang aku rasa since kita sekolah dulu. Then, perasaan suka itu hilang. Bila kita berjumpa semula, perasaan itu datang balik. Aku just be honest bagitahu kau. Prinsip aku hanya satu, 'kalau kita suka orang tu, kita bagitahu. Samada orang tu terima atau tidak, itu belakang cerita’.

Ada satu hari tu, aku terperasan, ada satu komen yang buat aku hati aku tetiba jadi dupdapdupdap. Cara komen tu menunjukkan yang kau macam dah ada ‘someone’. Time tu kan kau dah kembali single. Someone disekeliling kau. Yang ingin kau approach. Dari komen itu, kawan-kawan kau sudah mula menyokong supaya kau teruskan langkah menackle somenone tersebut. Jangan cakap aku perasan ingat aku ok. Sebab aku tahu, bukan aku! Aku hanya tersenyum. Jika benar, aku ucap tahniah. Malah kita boleh jadi kawan, kan?

Dan, malam 27hb Ogos 2010, kita berjumpa. Plan asal kau nak buka puasa dengan aku. Tapi, kau lewat! Pukul 9:30 malam baru sampai. Aku naik segan dengan my aunty time tu. Bersiap punya awal. Kunon nak buka puasa dengan kawan dekat luar, tapi..... kau lambat! Dan sebab kau lambat tu pun aku tahu kenapa. Tapi, aku hanya pendam dalam hati walaupun aku sikit terasa hati.

Time kita jumpa tu, kau dan aku hanya sembang-sembang kosong dulu. Aku malu! Kau punya duk tersenyum-senyum. Haihh! Aku lagilah berdebar. Aku bukan expect kita akan couple. Tidak. Aku luahkan perasaan, aku bagitahu aku suka, bukan cinta. Lepas duk sembang-sembang dan makan-makan, kau hantar aku balik rumah aunty aku. Kau cakap, tunggu mesej kau, ada something kau nak bagitahu. Aku jawab, ok! Haihh!

Bila dah sampai rumah. Aku dapat mesej dari kau.
Guess what??
Kau ajak aku couple. Hahahaha~ Aku hanya tergelak sensorang. Aku very tak sangka. Kau boleh suarakan isi hati kau.
Kau cakap, kita couple. Kau pun suka kat aku. Kau cakap lagi, kita belajar mengenali hati budi masing-masing. Kita pupuk perasaan kita agar menjadi lebih kukuh. Dan.. kau berharap, aku lah ‘the one will love you until you gone’. Aku cukup terharu.  Detik itu, aku berjanji pada diri aku sendiri, aku tak akan memainkan perasaan kau. Sebab aku tahu, kita bukan muda remaja lagi untuk main-main soal hati dan perasaan. Kita bukan di zaman sekolah teknik. Aku akan mula pupuk perasaan cinta pada kau agar jadi lebih mendalam. Sebab, asal perasaan sesama kita adalah rasa suka dan selesa antara satu sama lain.

.28 Ogos 2010 / Sabtu.

Inilah detik permulaan kepada perhubungan kita. Dengan rasminya, kau dan aku menjadi pasangan kekasih. Kita tak declare dekat FB pun lagi. Tapi, kau posted status dekat wall FB kau pasal tarikh ni. Ramai yang komen. Hehehe~ Mereka dapat tahu sendiri.


*********************************************************************************

Alhamdulillah. Kini usia perhubungan kita dah mencecah setahun lebih. Aku cukup sayang pada hubungan ini. Hubungan ini membuat aku sentiasa rasa teruja. Ramai yang tak percaya aku dan kau boleh bersama. Buat kawan sekolah teknik kita, inilah ceritanya. Aku tak berani mengatakan, kaulah jodohku. Tidak sesekali. Tapi, aku hanya berdoa kepada Allah swt supaya hubungan kita melangkah ke alam perkahwinan seterusnya hidup bersama-sama kau hingga akhir hayat aku.

Walaupun kau bukan yang pertama, aku berharap kaulah yang terakhir.

Kau tahu. Aku sangat bersyukur sebab kita bersama sekarang. Tidak semasa zaman sekolah. Sebab? Sebab, kau masih bersikap playboy sampai kita bertemu kembali. Haiyaaa~ Dalam setahun kita bersama ni, macam-macam hal terjadi. Ada datang dari kau. Juga datangnya dari aku sendiri. Aku taknak ungkit semua cerita tu. Aku simpan dalam hati. Dan aku juga dah berjanji tak akan ungkit lagi. Sikap yang kau tunjuk sekarang, aku sangat-sangat gembira sebab kau dah berubah. Aku tidak minta banyak dari kau. Hanya:-

Cintai aku lebih dari rasa cinta aku pada kau

Sebab, jika kau cintai aku lebih dari rasa cinta aku pada kau, kau secara sendiri akan jujur dalam perhubungan kita, kau akan setia pada aku.

Lastly, I love you so deep, Sayang. Dan hubungan ini akan teruji lagi lepas ni. Selepas kau menetap di Kemaman. Hati, bertabahlah kau. Sesungguhnya, Allah swt tu sentiasa ada. Kau sendiri tahu sakitnya hati apabila dipermainkan, kau sendiri tahu sakitnya hati apabila tiada kesetiaan dalam perhubungan. Aku yakin kau dah belajar itu semua melalui pengalaman maka why not jadikan perhubungan kita lebih baik. :)






p/s : Nama kekawan yang aku disebut di atas adalah bukan nama sebenar dan bukan ada kena mengena dengan artis pun >,<

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MONOLOG LLZ : Aku memanjatkan doa kepadaNYA, semoga kau dan aku akan disatukan dalam satu majlis yang penuh keberkatan dariNYA (")(") ameen~
Categories Cintaku

2 comments:

warga.. on 20 Dec 2011, 22:32:00 said... [Reply]

haah. kantoi di situ.. dia x cite2 ape pasal aku x?? pasal kriss ker?

Cik Lin Lina Zainal on 20 Dec 2011, 23:06:00 said... [Reply]

xde mase nk cite psl ko. ni kisah aku dgn dia je.hukhuk~ sibuk je warga nih :p

Post a Comment

Terima kasih di atas luahan anda (^^,)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Dia mampu membuat muka aku yang berkerut seribu jernih dengan tetiba. Dia mampu mencairkan kekerasan kepala aku. Walaupun kami sering bertelagah, sering berselisih pendapat namun, itu adalah cara kami mengecapi bahagia !

My Stocks

  • ►  2013 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (61)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (9)
    • ►  March (12)
    • ►  February (13)
    • ►  January (20)
  • ▼  2011 (128)
    • ▼  December (28)
      • Kingkong dan Kingking
      • .Sunday last week.
      • Jimba-jimba di Damansara.
      • I hate facebook .. ~ Part III
      • D U N I A
      • Info : Tiga jenis Tauhid
      • Apa ada pada umur?
      • Mr.Goku and His Graduation's Day
      • Piramid Mesir - salah satu keajaiban dunia?
      • Aku seru, aku puja!
      • Kau pegang tangan aku??
      • My Kesayangan # 1
      • Berjimba di hari Ahad
      • Oh, Arif Alfian !
      • Ombak Rindu
      • Sunday status
      • Status Kemaman tak sudah
      • MyBoy a.k.a Mr Goku
      • Cinta Elysa story end
      • Tak ada mood because of Kemaman
      • Kisah pertemuan kita
      • Skim SBPA
      • Staff Sang K**ajaan
      • Counting the days
      • Semalam di pasar
      • Good News vs Bad News
      • Aku belajar ...
      • Kalendar 2012
    • ►  November (25)
    • ►  October (12)
    • ►  September (34)
    • ►  August (12)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (9)

My Sharing

  • Let to sew
  • Movie dan Drama
  • Blog Tuto

Blogger Also

Previous is Past

Phewitt!

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.
Tarikh hari ini dalam Hijrah? :)

My Life

My Life

Gelagat Kekasih

Gelagat Kekasih

This is Happiness

This is Happiness

Happy Together

Happy Together
 
 

Here ~ I share the sense of my minds ... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates

-Lin.Love.Afat-