-->
Here ~ I share the sense of my minds ...

| Home | Tell You! | Cintaku | Info | It's Life | It's Trivia | Said It | About LLZ |

Friday, 9 December 2011

Skim SBPA

Luahan penuh kasih sayang Cik Lin Lina Zainal di saat 16:27
Sekadar update kepada post Staff Sang Kerajaan malam tadi. Kepada staff yang bermimpi nak dapat kenaikan gaji tu :-

... Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. 

Jadi, layakkah anda? Oh, maybe guna taktik "bodek' kot kan.. Haiyaa~

**********************************************************************************

Mengulas mengenai isu Skim SBPA yang baru ni. Aku sangat bersetuju. Jurang pendapatan yang terlalu ketara akan terjadi jika kakitangan berpangkat pegawai mendapat sehingga 40% kenaikan manakala kakitangan sokongan hanya mendapat bermula 10% kenaikan je. Macamanalah mereka buat keputusan ye? Asal boleh je. Ni lah yang dipanggil, orang miskin bertambah miskin, orang kaya bertambah kaya. Biasanya, kata-kata ni aku jumpa dalam buku rujukan time belajar kat Universiti dulu, tak sangka la pulak aku boleh gunapakai kata-kata ni. Tapi, memang tidak adil dan tidak patut. 

Mungkin pada mereka, rasionalnya menetapkan kenaikan yang tinggi kepada para pegawai disebabkan pada fikiran mereka, pegawai ni telah bertungkus lumus membuahkan idea dan membuat keputusan penting dan apa-apa lagi lah yang menunjukkan 'mahabahaya' punya kerja. Tapi, pernah tak mereka fikir, gaji para pegawai dah sedia tinggi. Tu tak termasuk elaun/faedah khas lagi. Cubalah fikir nasib kakitangan sokongan pula. Gaji dah la rendah. Nama pun 'kakitangan sokongan'. So tanpa sokongan mereka, complete ke semua kerja? Let say gaji RM 1,500. Kenaikan 10% iaitu sebanyak RM 150. Jadi gaji ditangga baru, RM 1,650.00 . Yeaayyy! Mereka tetap suka dan bersyukur. Tetapi lihat pula perbandingan kenaikan gaji pegawai. Gaji sekarang RM 5,000. Kenaikan 40% iaitu sebanyak RM 2,000. Maka gaji yang bakal diterima nanti RM 7,000. Wow!! Bukan sedikit! Banyak tu. Lebih dari gaji awal kakitangan sokongan tadi. Tak tersenyum sampai terkoyak mulut para pegawai kita tu??

Inilah dia. 

Yang miskin bertambah miskin .. Yang kaya bertambah kaya ..

Eh please lah. Apa motif sebenarnya mereka-mereka ni? Ketidakpuasan lahir dari hati insan yang melihat sendiri penderitaan yang dialami oleh kakitangan sokongan. Tanggungan ramai. Hutang keliling pinggang. Apa ni? Hmm aku sangat menyokong kajian yang akan dibuat semula oleh CUEPACS ni. Harap-harap mereka akan buat keputusan yang lebih baik untuk semua. Rujuk SBPA luaskan jurang kakitangan.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MONOLOG LLZ : Teringin mengubah pandangan masyarakat tentang pekerja Kerajaan, tapi macamna ye. .Hard thinking. (-.-)"
Categories Said it

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas luahan anda (^^,)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Dia mampu membuat muka aku yang berkerut seribu jernih dengan tetiba. Dia mampu mencairkan kekerasan kepala aku. Walaupun kami sering bertelagah, sering berselisih pendapat namun, itu adalah cara kami mengecapi bahagia !

My Stocks

  • ►  2013 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (61)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (9)
    • ►  March (12)
    • ►  February (13)
    • ►  January (20)
  • ▼  2011 (128)
    • ▼  December (28)
      • Kingkong dan Kingking
      • .Sunday last week.
      • Jimba-jimba di Damansara.
      • I hate facebook .. ~ Part III
      • D U N I A
      • Info : Tiga jenis Tauhid
      • Apa ada pada umur?
      • Mr.Goku and His Graduation's Day
      • Piramid Mesir - salah satu keajaiban dunia?
      • Aku seru, aku puja!
      • Kau pegang tangan aku??
      • My Kesayangan # 1
      • Berjimba di hari Ahad
      • Oh, Arif Alfian !
      • Ombak Rindu
      • Sunday status
      • Status Kemaman tak sudah
      • MyBoy a.k.a Mr Goku
      • Cinta Elysa story end
      • Tak ada mood because of Kemaman
      • Kisah pertemuan kita
      • Skim SBPA
      • Staff Sang K**ajaan
      • Counting the days
      • Semalam di pasar
      • Good News vs Bad News
      • Aku belajar ...
      • Kalendar 2012
    • ►  November (25)
    • ►  October (12)
    • ►  September (34)
    • ►  August (12)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (9)

My Sharing

  • Let to sew
  • Movie dan Drama
  • Blog Tuto

Blogger Also

Previous is Past

Phewitt!

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.
Tarikh hari ini dalam Hijrah? :)

My Life

My Life

Gelagat Kekasih

Gelagat Kekasih

This is Happiness

This is Happiness

Happy Together

Happy Together
 
 

Here ~ I share the sense of my minds ... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates

-Lin.Love.Afat-