-->
Here ~ I share the sense of my minds ...

| Home | Tell You! | Cintaku | Info | It's Life | It's Trivia | Said It | About LLZ |

Monday, 9 January 2012

901

Luahan penuh kasih sayang Cik Lin Lina Zainal di saat 13:46


Adakah nombor 901 sangat berbahaya untuk aku taip disini?? Jika tidak. Aku akan teruskan penulisan. :)

Isnin, 09 Januari 2012. Apa yang special? Nothing?? Eh ada! Hari ni, first day aku datang office selepas bercuti selama seminggu!WoW tak?? WoW kannn? 

Apalagi?? Yang pasti, dekat luar mahkamah penyokong-penyokong Dato' Seri Anwar Ibrahim [DSAI] sedang melompat-lompat kegembiraan dengan keputusan mahkamah yang baru diketahui sekitar jam 09:30 pagi tadi. Eh, itu tadi. Sejam lepas keputusan perbicaraan dibacakan, mereka harus bersurai. Mungkin sekarang sedang meraikannya ditempat lain. 

Akhirnya, keputusan TIDAK BERSALAH DAN DIBEBASKAN berpihak kepada DSAI !!! Seriously, bila terbaca berita ni saat aku berblog-walking tadi, tetiba bibir ku terukir senyuman. Sukakah aku? Oh, No! No! No! Jangan nak condemn aku ok. Setiap orang berhak untuk menyukai/meminati sesiapa pun. Salahkah aku tersuka dan terminat kepada DSAI? Jangan nak kata aku berpolitik sangatlah kan! Politik, itu hal lain. Tapi, perbicaraan kes ini pada aku yang berkaitan dengan politik juga adalah hal lain. Rupa-rupanya, hampir empat tahun juga kes ni dibicarakan. [speechless]. Keputusan tidak bersalah dan dibebaskan diputuskan atas alasan :-

Tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa

Lihat ini : Kes liwat: Anwar Ibrahim dilepas, dibebaskan daripada tuduhan :

Ini kerana, mahkamah tidak boleh 100 peratus memastikan integriti sampel DNA yang diambil daripada Saiful tidak diusik. Hakim sendiri pun berasa adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA semata-mata. Maka, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasaran keterangan Saiful.

Lihat ini : Integriti sampel DNA tak boleh 100% dipastikan tak diusik :


Masing-masing ada pandangan sendiri. DSAI telah pun dihakimi. Sebelum ini, ada yang kata, DSAI pasti masuk dalam itu Sg.Buloh bagi memberi laluan kepada PM kita untuk menjalankan PRU 13. Ada juga artikel yang aku baca, jika DSAI didapati BERSALAH, PM turut BERSALAH. Why? Pergi search dan baca sendirilah kan. Rakyat melemparkan pandangan bahawa DSAI confirm akan disabitkan kesalahan. DSAI turut mencanangkan begitu disebabkan beliau belajar dari pengalaman lepas. Kita manusia memang seharusnya belajar dari pengalaman lepas. Tapi sekarang konsep permainan telah bertukar. Adakah DSAI dibebaskan disebabkan ingin mengubah pandangan rakyat tentang tanggapan awal tadi? Mungkin juga kan. Mungkin kerajaan juga telah belajar dari pengalaman lepas. Hal ini seolah-olah, "Kita kena tukar plan. Rakyat dah tahu plan A. Kita tukar plan B. Then, kita kenakan dia dengan cara begini pula." Ini mungkin, aku tak kata pasti.

Mungkin juga, mahkamah negara kita sudah sedar bahawa, menghakimi seseorang itu dengan adil adalah satu tuntutan tugas mereka yang sebenarnya. Justeru, mereka tidak boleh berterusan membikin kepincangan dalam mengendalikan sesuatu kes". Ini hanya andaian, bukan betul pun.

Apa-apa pun, tulisan aku bukanlah boleh dijadikan rujukan akademik mahupun rujukan politik jika luahan aku hanya berdasarkan andaian. Faham tu? Peace yOoooO! Bicara politik memang panas untuk diperkatakan!

Dalam penyokong 901 melompat-lompat kegirangan, timbul pula berita, "Pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan membut rayuan terhadap keputusan pembebasan Anwar". 

Lihat disini : Pendakwa raya belum putuskan sama ada akan buat rayuan : 

Pulak dah? Ok, takpelah kan. Memang mereka berhak untuk membuat rayuan dalam tempoh 10 hari dari hari ini. So, itu memang prosider. Adanya rayuan. Orang lain jangan berani-berani nak membantah pulak. Itu adalah hak mereka dimahkamah. DSAI pun tahu tentang itu. Dan masih tidak menarik nafas lega lagi. 

Baca sini : Bebas pertuduhan liwat: Anwar masih belum berasa lega :

Aku tidak menyokong mana-mana pihak. Aku bukan pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang. Aku sekadar ingin melihat apa perkembangan politik tanah air. Mungkin ada pihak ketiga yang suka lihat negara kita bercakaran antara satu sama lain. Tapi, siapa? Jadi, ini andaian lagi. Wujudnya puak pembangkang disebabkan masing-masing ada pandangan sendiri. Orang ini rasa itu baik. Orang itu rasa ia tidak elok. Nah, lihat! Manusia itu sebenarnya sentiasa berfikir tentang sesuatu. Nilah yang berlaku sekarang. Itu adalah sifat manusia.

Ok, sudah sampai masa aku menamatkan tulisan ini. Nak kata lebih-lebih, macamlah aku terror sangat soal politik Malaysia, kan. Sekadar pemerhati. Sekadar mendengar. Kemudian, bagi sedikit pendapat. Bolehkan?? [^,^]


Categories anwar dibebaskan, keputusan DSAI, Said it

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas luahan anda (^^,)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Dia mampu membuat muka aku yang berkerut seribu jernih dengan tetiba. Dia mampu mencairkan kekerasan kepala aku. Walaupun kami sering bertelagah, sering berselisih pendapat namun, itu adalah cara kami mengecapi bahagia !

My Stocks

  • ►  2013 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (61)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (9)
    • ►  March (12)
    • ►  February (13)
    • ▼  January (20)
      • Info : Petua menegangkan kulit muka
      • Abg Rems ...
      • Muhasabah cinta
      • Friend removed
      • Trivia : Negara larang wanita memandu
      • Trafik udara : JPJ?
      • To Someone : Yes, YOU!
      • Di kala...
      • Pertemuan singkat namun bermakna ..
      • Panggilan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W1-1
      • Crash | oh My external hard disk ...
      • .... bertabahlah ....
      • Info : Clear browser's cookies
      • Info : Apa itu tampon?
      • Bila sudah habis..
      • 901
      • Youngest brotha !
      • Perfume of perfume !
      • # Romantic Ideas
      • Welcome 2012 ! Goodbye 2011 !
  • ►  2011 (128)
    • ►  December (28)
    • ►  November (25)
    • ►  October (12)
    • ►  September (34)
    • ►  August (12)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (9)

My Sharing

  • Let to sew
  • Movie dan Drama
  • Blog Tuto

Blogger Also

Previous is Past

Phewitt!

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.
Tarikh hari ini dalam Hijrah? :)

My Life

My Life

Gelagat Kekasih

Gelagat Kekasih

This is Happiness

This is Happiness

Happy Together

Happy Together
 
 

Here ~ I share the sense of my minds ... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates

-Lin.Love.Afat-