-->
Here ~ I share the sense of my minds ...

| Home | Tell You! | Cintaku | Info | It's Life | It's Trivia | Said It | About LLZ |

Wednesday, 4 January 2012

Perfume of perfume !

Luahan penuh kasih sayang Cik Lin Lina Zainal di saat 23:37
Aku bukanlah peminat perfume no.1 dunia. Mahupun pengumpul perfume tegar. Tapi, kalau berjalan-jalan kat shopping complex tu, mata ni melilau jugak tengok perfume shop or outlet yang ada. Saja tengok-tengok. Kalau nak beli, memang akan fikir banyak kali dulu.

Aku bukan artis mahupun anak orang korporat, ada function di malam hari atau dihujung minggu. Kegiatan sosial aku dimalam hari, menghadap facebook atau blog ini, dan kegiatan sosial aku dihujung minggu hanya menghabiskan masa 12 jam bersama Mr.Goku [auwww! :p]. Pada aku, tidak perlu melabur duit beratus-ratus ringgit membeli beberapa minyak wangi untuk dijadikan koleksi. Chance EdT by Chanel dan Love EdP by Cosway adalah pilihan aku. Baunya kekal hingga berjam-jam. Baunya juga tidak terlalu kuat. Biasanya kalau aku pakai waktu pagi, malam masih lagi terbau. Syok, kan macam tu? .*Taktipu.Inibenar*. Dan satu lagi pilihan aku, bau yang agak keras, cukup sembur sekali dua. Desire EdP by Cosway.

- Chance EdT by Chanel - 



- Love EdP by Cosway - 



- Desire EdP by Cosway - 


Yang sebenarnya, melalut berperenggan panjangnya di atas ini, sekadar mukadimah. Isi kandungannya nak menyatakan ia sebagai info untuk pengetahuan diri sendiri. Hati nak tahu, fikiran yang bukan serba tahu macam uncle Google ni nak tahu, apa jenis perfume di pasaran.

Pergi shop tengok ada mentioned dekat botol perfume tersebut, cologne. Oh, apa itu? Lihat yang lain, EdT. Apa benda tu? Usya-uysa lagi ternampak pulak EdP. Hanya tahu bahawa EdP lebih tahan lama dari EdT. Dan yang sebenarnya setelah dicari-cari, ia membawa makna yang boleh diringkaskan seperti di bawah. Yang membezakan sesuatu wangian ialah kepekatan minyak harumannya. Lagi pekat sesuatu wangian itu, maka lagi tahan lama. [macam andaian Sains la pulak, kan]. Ayuh, lihat! :)

Eau de Cologne (EdC)
Eau de Toilette (EdT) 
Eau de Perfume (EdP)
Parfume/Perfume

1. Eau de Cologne (EdC)
Dikenali juga sebagai 'cologne'.
Mengandungi pati minyak paling sedikit iaitu sekitar 3-8% sahaja. (Tipikal ~ 5%)
Merupakan wangian yang paling kurang kepekatannya. 
Harga juga lebih murah berbanding yang lain.
Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita namun dipasarkan lebih untuk lelaki sebagai ganti perfume.


2. Eau De Toilette (EdT)
Disebut 'o-do-twa-lay'
Mengandungi pati minyak sebanyak 5-15%. (Tipikal ~ 10%)
Tidak tahan lama, hanya sekitar 3-4 jam sahaja bergantung kepada jenis kulit anda.
Tips : Sentiasa bawa kemana-mana. Semburkan apabila sudah hilang bau.


3. Eau de Perfume (EdP)
Mengandungi pati minyak sebanyak 10-20%. (Tipikal ~ 15%)
Wangian paling popular dan lebih murah berbanding perfume.
Tahan agak lama. Sekitar 6-7jam.
Tips : Semburkan di bahagian paling hangat, denyutan nadi, pergelangan tangan, kawasan tepi leher, di dada dan lipatan siku.


4. Parfume/Perfume extract
Mengandungi pati minyak sebanyak 15-40%. (Tipikal ~ 20%)
Harga lebih mahal.
Tahan lebih lama jika dipakai.


Lain-lain Tips :

Untuk membuatkan wangian yang dipakai tahan lama baunya, pakaikan bersama dengan losyen. Contohnya, anda dah sembur perfume di pergelangan tangan, kemudian sapukan pula losyen ditempat yang sama.

Jangan sembur wangian di belakang telinga.

Untuk mengetahui samada wangian yang dibeli itu original atau tidak, goncangkan botol perfume dan kemudian lihat buihnya. Jika buihnya sedikit dan cepat hilang, maka itu bukan original ya. Jika sebaliknya, banyak buih dan lambat hilang, itu tandannya wangian tersebut original :)


**********************************************************************************

MONOLOG LLZ : Wangian pilihan aku murah-murah aje. Asalkan baunya tak menyesakkan hidung yang menghidu :)



Categories Info, perfume

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas luahan anda (^^,)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Dia mampu membuat muka aku yang berkerut seribu jernih dengan tetiba. Dia mampu mencairkan kekerasan kepala aku. Walaupun kami sering bertelagah, sering berselisih pendapat namun, itu adalah cara kami mengecapi bahagia !

My Stocks

  • ►  2013 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (61)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (9)
    • ►  March (12)
    • ►  February (13)
    • ▼  January (20)
      • Info : Petua menegangkan kulit muka
      • Abg Rems ...
      • Muhasabah cinta
      • Friend removed
      • Trivia : Negara larang wanita memandu
      • Trafik udara : JPJ?
      • To Someone : Yes, YOU!
      • Di kala...
      • Pertemuan singkat namun bermakna ..
      • Panggilan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W1-1
      • Crash | oh My external hard disk ...
      • .... bertabahlah ....
      • Info : Clear browser's cookies
      • Info : Apa itu tampon?
      • Bila sudah habis..
      • 901
      • Youngest brotha !
      • Perfume of perfume !
      • # Romantic Ideas
      • Welcome 2012 ! Goodbye 2011 !
  • ►  2011 (128)
    • ►  December (28)
    • ►  November (25)
    • ►  October (12)
    • ►  September (34)
    • ►  August (12)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (9)

My Sharing

  • Let to sew
  • Movie dan Drama
  • Blog Tuto

Blogger Also

Previous is Past

Phewitt!

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.
Tarikh hari ini dalam Hijrah? :)

My Life

My Life

Gelagat Kekasih

Gelagat Kekasih

This is Happiness

This is Happiness

Happy Together

Happy Together
 
 

Here ~ I share the sense of my minds ... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates

-Lin.Love.Afat-