Petua yang ingin dikongsi adalah petua yang pernah aku amalkan semasa masih belajar di universiti dulu. Sebenarnya petua ini telah diajar oleh roomate aku masa tu, Siti.. :) Setiap minggu, dia akan membuat masker untuk ditepekkan ke muka. Jadi, setiap kali itu jugalah dia akan berkongsi dengan aku masker tersebut. Hehe~
Anda semua pun boleh melakukan sendiri di rumah. Sejak dua menjak ni jerawat macam tak malu langsung muncul di dahi aku yang dulunya licin [uweekk]. Sekarang, masalah jerawat yang semakin menjadi-jadi membuatkan aku hilang keyakinan diri [sila jangan percaya, ni adalah ajukan kepada testimoni pengguna produk di iklan TV dan majalah ok]. Jadi, aku berazam untuk mengamalkan masker ni. Mana lah tahu, kot-kot dapat membunuh kuman jerawat tersebut kan. Kini, OXY tidak lagi berkesan! Perlu disedari bahawa tagline iklan ni ialah "OXY!Ia berkesan!" phewww!huh!
Bahan-bahan :-
1 biji telur (diambil putih telurnya sahaja)
Sedikit tepung.sama ada susu tepung atau tepung kastard.Cara-cara :-
Ambil putih telur dan gaulkan bersama-sama dengan tepung. [Jangan terlalu pekat atau cair. Sedang-sedang saja]
Perahkan sedikit limau ke dalam campuran di atas [ini adalah options. Roomate aku tak letak limau. Tapi melalui bacaan, ada masker yang letak limau]
Perahkan sedikit limau ke dalam campuran di atas [ini adalah options. Roomate aku tak letak limau. Tapi melalui bacaan, ada masker yang letak limau]
Lumurkan di muka. Elakkan terkena mata.
Biarkan selama 15 - 20 minit.
Bilas dengan air suam.Anda akan dapati, muka tegang selalu. Amalkan seminggu sekali,di waktu malam sebelum masuk tidur. Sesuai untuk kulit jenis berminyak macam aku ni. Sobs!






2 comments:
petua yg bagus..hehehhe...
awesome
Post a Comment
Terima kasih di atas luahan anda (^^,)