Hai !
Entry kali ini nak abadikan cerita pasal adik kesayangan aku a.k.a adik bongsu aku.

Sangat saaaayaaaanggg kat dia!
Mak ayah aku bagi nama dia Mohamad Shahidan b. Zainal Abidin
Dia just registered masuk form 5 beberapa hari lepas.
Time birthday dia, satu dunia cuti untuk menyambutnya :)
Tak percaya?? Tunggulah setiap 25 Disember untuk tengok sendiri betul atau tak apa yang aku katakan.
Hehehe~
Tiap kali nak sambut birthday, seminggu sebelum dah kecoh minta 'santa claus' datang memberi hadiah.
[remind abang dan kakak dia suruh bagi hadiah]
Dia bersekolah di sekolah aku dulu. Sekolah Teknik Setapak, Kuala Lumpur dalam kursus Binaan Bangunan.
Masih ingat lagi, time mula-mula masuk sana, tiap minggu dia suruh aku datang jumpa dia.Walaupun sekejap.
Port perjumpaan di pintu sekolah aje. Lama kelamaan dia dah biasa sekolah kat sana.
Lagipun ada back up besar. Abang dia pun bersekolah di sana. Kursus yang sama.
Dan duduk di dorm yang sama.
Great right?? Hehehe~
Dia sangat suka warna HIJAU. Sebab dia kata itu warna kesukaan Nabi Muhammad saw :)
Sangat petah berkata-kata. Apabila kat rumah, dia sentiasa menjadi back up yang kuat kepada mak aku untuk 'menjatuhkan' aku dan adik perempuan aku.
Dia sangat pandai mengambil hati a.k.a membodek.
Aku panggil dia Adik atau Dekdan.
Dan dia tahu, bila aku marah, aku akan menjerit memanggil IDANNNNNN!!!
Time tu, dia akan patuh semua apa kata aku. Hehe~
Tapi aku sangat jarang memarahi dia.
Sebab tak sampai hati.
Sebab aku sayangggg sangat kat dia!
Ayah aku meninggal dunia semasa dia berumur setahun.
Bila tanya, "Adik ingat lagi tak muka arwah ayah?"
Dia jawab, "Mana adik ingat. Adik kecik lagi"
Sedih kan? sobsobsob~
Hobi dia main futsal!
Terer ke?? Hehehe~
Siap requested kasut futsal dari kitaorang.
Akhirnya, hadiah birthday yang lepas dia dapat kasut futsal dari Angah kitaorang.
Suka bukan main lagi! Tapi taknak pakai kasut tu sebab dia sayang..kasut baru.
Haiyaaa~
Jangan tak tahu. Dia siap dilantik jadi AJK Sukan Asrama dia.
Tak sangka dapat jadi AJK. Aku ingat dia pendiam lah sangat. :p
Rupanya, ramai jugak kawan dia kat sana.
Rupanya, ramai jugak kawan dia kat sana.
Ingat lagi, time aku dan family hantar dia balik hostel beberapa hari yang lepas.
Dia cakap, "Kan adik dah cakap. Mesti kawan adik kata Kak Lang ni adik Adik"
What ???
Ada kawan dia cakap,
"Idan ada adik comel tak nak bagitahu pun. Diam je"
What ???
It's referred to me! Ok, aku dianggap adik dia. Gila punya budak! Agak-agak la kan..
Tahulah aku lebih 'tinggi' dari adik aku. Tahulah aku muka awet muda. Hahaha~
Tapi aku jawab," Tak kisah lah asalkan dia cakap Alang comel"
Hihihi~
Dia suka menyibuk time aku bergosip dengan adik perempuan aku.
Kadang-kadang suka mengusik dia.
Tapi, time dia moody, seorang pun tak berani cakap apa-apa.
Hahaha~
Tengoklah picture dia masa kecil :)

-Comelkan dia? *Tembam*-

-Bersama BangChik dia :)-
Tengok gambar bawah ni. Sangat kelakar!
Dah macam Hantu Kak Limah dah aku tengok! :D
Dah macam Hantu Kak Limah dah aku tengok! :D







*Masih hairan, macamana dia boleh join jadi gegurl macamni! Haiyaaa~*

Apapun, aku sangat-sangat-sangat sayangkan dia!
Tanpa dia, sunyilah hidup kami sekeluarga.
He is a joker!!:D
Bila dia makin meningkat usia, aku tahu, satu hari nanti aku pasti 'kehilangan' dia.
Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.
Heyyy~ SPM tahun ni! Goodluck!!!! :D
Sayannggggg adik!







2 comments:
sumpah sweet eidan dengan akak ;-* hihi
Adlina Abdullah
hehe~ thank you dek.. :)
Post a Comment
Terima kasih di atas luahan anda (^^,)