-->
Here ~ I share the sense of my minds ...

| Home | Tell You! | Cintaku | Info | It's Life | It's Trivia | Said It | About LLZ |

Friday, 20 January 2012

Pertemuan singkat namun bermakna ..

Luahan penuh kasih sayang Cik Lin Lina Zainal di saat 16:41
Time lunch hour tadi, tekak aku teringin makan McDonalds. Perut pun menyanyi lagu Spider - Kita satu. " ... malam siang kita jadi satu ... kerana engkau adalah milikku... lalalalala~" Maka, aku bangkit dari tidur yang agak nak terlena, terus mengatur langkah pergi ke McD yang berhampiran tempat kerja aku ni. Aku nak beli lunch punya set. Tekak teringin. Tapi duit tak ada. Sangat sedih, gaji tak masuk lagi. Sobsobsob~ Tengok jam dah jam 2:30 pm. Phewww~ Dah habis waktu lunch rupanya. Ingat awal lagi. Maklumlah, bila tidur mesti tak rasa waktu bergerak kan? Ngeeee~


Nasib tak ramai orang yang Q dekat McD tu. Kira aku barisan ketiga dalam perbarisan di depan kaunter tu. Tiba di barisan kedua, tetiba ada seorang pakcik datang kepada aku. Tetapi beliau membahasakan diri sebagai 'abang'. erkkk! Umur dah tahap aku panggil pakcik ok! Dia datang dan cakap kat aku :

Dek, boleh tolong belikan abang bubur McD besar?

Aku errr....errr..serba-salah. Sebab, kat belakang aku agak ramai yang sudah masuk perbarisan. Aku terus angguk apabila beliau sudah menghulurkan RM6.00. Kesian pulak aku tengok muka tua pakcik tu. Sudah beruban banyak rambut dia. Then, dia terus tunggu aku kat tepi.

Bila aku dah dapat apa yang aku order, aku pergi ke arah pakcik tu. Aku hulurkan bubur sambil tersenyum. Dia tengok kat tangan aku ada pegang air coke dan terus bertanya :

Awak beli air sekali ke?

Eh, tak. Air ni untuk saya. Nak air ke?

Taklah. Ingat belikan air.

Hmm ~ ni lebih pakcik. 

Aku nak pulangkan RM 1.40. Tapi beliau tolak. Sambil menuju ke kereta Alzanya dan meletakkan bubur di sebelah driver seat.

Tak apa. Simpan je lebih dia. Kat mana 7E ye. Saya sakit tekak. Demam. Jadi nak beli air kosong. Tu beli bubur tu.

Terima kasih pakcik.

Tetiba dia buka kisah pulak. Aku hanya angguk dan senyum. Aku bagitahu juga dimana 7E tu.

Sambil berjalan beriringan. Dia menuju ke 7E dan aku nak balik office. Sambil tu berborak. Dia tanya aku tinggal mana, kampung mana, kerja mana. Mak ayah ada lagi. Tak balik kampung cuti ni. Semua aku jawab jujur. Apabila makin hampir ke 7E dia memberi nasihat yang semestinya buat aku mencongak sendiri, siapa pakcik ni?

Jaga mak elok-elok ya. Dulu masa kecil, dia jaga awak. Solat jangan tinggal. Ingat tu. Bila dapat gaji tu, pergilah ke bawah tu [mungkin merujuk kepada masjid yang terletak di persimpangan jalan], keluarkan zakat. Jadi lagi berkat rezeki tu. Saya dari muda dulu dah buat macamtu. Ok, jumpa lagi ye. [sambil beliau masuk ke dalam 7E]

Aku sempat menjawab,

Baik pakcik. Terima kasih, insyaAllah pakcik. Ok

Aku terus terfikir, aku baru mengenali beliau yang mana di awal pertemuan tadi aku rasa serba salah nak menolong dia. Namun, di akhir pertemuan ini, beliau memberi satu nasihat yang buat aku terdiam. Sangat berharga! Tentu saja nasihat itu dari seorang yang bergelar anak dan seorang ayah! Tetiba aku teringat mak di kampung.


Categories Said it

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas luahan anda (^^,)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Dia mampu membuat muka aku yang berkerut seribu jernih dengan tetiba. Dia mampu mencairkan kekerasan kepala aku. Walaupun kami sering bertelagah, sering berselisih pendapat namun, itu adalah cara kami mengecapi bahagia !

My Stocks

  • ►  2013 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (61)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (9)
    • ►  March (12)
    • ►  February (13)
    • ▼  January (20)
      • Info : Petua menegangkan kulit muka
      • Abg Rems ...
      • Muhasabah cinta
      • Friend removed
      • Trivia : Negara larang wanita memandu
      • Trafik udara : JPJ?
      • To Someone : Yes, YOU!
      • Di kala...
      • Pertemuan singkat namun bermakna ..
      • Panggilan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W1-1
      • Crash | oh My external hard disk ...
      • .... bertabahlah ....
      • Info : Clear browser's cookies
      • Info : Apa itu tampon?
      • Bila sudah habis..
      • 901
      • Youngest brotha !
      • Perfume of perfume !
      • # Romantic Ideas
      • Welcome 2012 ! Goodbye 2011 !
  • ►  2011 (128)
    • ►  December (28)
    • ►  November (25)
    • ►  October (12)
    • ►  September (34)
    • ►  August (12)
    • ►  July (1)
    • ►  June (7)
    • ►  May (9)

My Sharing

  • Let to sew
  • Movie dan Drama
  • Blog Tuto

Blogger Also

Previous is Past

Phewitt!

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.
Tarikh hari ini dalam Hijrah? :)

My Life

My Life

Gelagat Kekasih

Gelagat Kekasih

This is Happiness

This is Happiness

Happy Together

Happy Together
 
 

Here ~ I share the sense of my minds ... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates

-Lin.Love.Afat-