
Dikala kau merengek manja meminta aku menolong kau membuatkan tugasan mu, aku berusaha sehabis baik untuk menolongmu. Sedangkan aku tidak pernah tahu apakah tugasanmu itu.
Dikala kau meminta pandangan aku tentang sesuatu yang aku sendiri tidak tahu, aku berusaha sehabis baik untuk mencari makna pertanyaanmu agar aku dapat meluahkan pandanganku seperti yang kau harapkan..
Dikala kau melahirkan keinginan untuk memiliki sesuatu, aku berusaha sehabis baik untuk memastikan kau memperolehinya seperti yang kau hajati sedangkan aku sendiri tidak mampu untuk memilikinya.
Dikala kau memerlukan aku disisi, aku berusaha sehabis baik untuk menghadirkan diri sedangkan ketika itu aku punya kerja untuk dipenuhi..
Dikala kau menyakitkan hati aku, aku berusaha sehabis baik untuk memujuk diriku bahawa memaafkanmu adalah perkara termulia di dalam perhubungan sedangkan hatiku merintih kerana terluka..
Dikala kau meruntuhkan tembok kepercayaanku didalam dirimu, aku berusaha sehabis baik untuk memberi kau peluang membinanya semula, sedangkan diriku telah tidak kuat untuk menahan keruntuhan itu.
Dikala kau cuba untuk menduakan aku, aku berusaha sehabis baik untuk menyakinkan diri bahawa akulah yang terbaik sedangkan diriku tahu bahawa jika aku terbaik mana mungkin kau cuba beralih arah.
Dikala kau menginginkan sokongan dariku, aku berusaha sehabis baik menjadi penyokong paling tegar diri kau sedangkan diriku tertanya sendiri adakah kau mampu menyokongku disaat aku terjatuh nanti.
Dikala kau meminta peluang kedua, aku sehabis baik memberikannya sedangkan aku tahu, tiada istilah peluang kedua namun aku juga sedar tiada istilah kesempurnaan dalam kehidupan.
Dikala kau tersenyum memandang wajahku, aku berusaha sehabis baik untuk menahan gelora dihati sedangkan aku tahu senyuman mu itu kudambakan selalu.
Dikala kau tidak menghubungiku, aku sehabis baik memujuk hati untuk tidak memikir yang bukan-bukan sedangkan fikiran aku itu adalah benar.
Dikala kau membuatku ketawa,aku berusaha sehabis baik untuk mempercayai bahawa ketawa itu untuk selama-lamanya sedangkan aku tahu esok tiada jaminannya.
Dikala...dikala...ya dikala itu.
-habis-






0 comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas luahan anda (^^,)